Kelas Bisnes · Kelas dan seminar

Bermentor dengan Denai Hati

Penat.Lama jugaklah berniaga,naik turun,tenggelam timbul.Lepas tu pergi kelas sana sini,balik beli ebook pulak dan join segala bisnes support group yang ada.Ilmu saya macam perca,cebis sana,cebis sini.Kadang-kadang rasa macam konfiden berenang di lautan (bahasa bunga),lepas tu tenggelam timbul.Macam ilmu berenang dan surviving belajar sekerat-sekerat.Kejap ada cikgu,kejap ada kawan ajar,cikgu tinggal,baca sendiri..tenggelam balik,naik pulak.Panjang dilema saya.Hehehe.

Semuanya bermula lepas saya sertai program Sepetang Bersama Blogger(SBB)2016.First time sertai program macam tu.Dan mendaftar kelas Fb Ads percuma dengan Denai Hati.Waktu ni tawakkal,sebab 2015-2016 anak saya membesar dan kurang amat peluang saya pergi seminar atau kursus-kursus update ilmu macam tahun sebelumnya.

bermentor-dengan-denai-hati-1
Gambar waktu SBB 2016

Saya tahu saya perlukan mentor.Saya nak berkuli dengan orang bisnes,kekakangan anak-anak dan masa saya tak dapat atasi.Lagipun saya juga memerlukan duit.Hajat lama sangat dah nak bermentor.Denai hati pun saya pernah tanya-tanya kawan yang ada pengalaman berguru dengan mereka.Tapi bab yuran itu saya selalu jadi faktor terbesar.Nak cuba mentoring atau coaching program lain pun sangkut bila dengar yuran.

Lepas SBB 2016,dapat call dari Denai Hati mengenai kelas Fb Ads percuma.Ku redahkan jua pergi malam-malam.Sebab ilmu memang mahal kawan…kalau langgar hentam keromo,itu percuma.Yurannya bayar kemudian.Hehehe!Akhir kelas Denai Hati umumkan mengenai mentoring program setahun.

bermentor-dengan-denai-hati-2
Ini kelas Fb Ads percuma kelolaan Tuan Eizil

Bling!Terus beritahu Tuan Eizil nak join kelas.Duit akan ku gagahkan kemudian.Dan saya register 2-3 mingggu kemudian.

Kelas pertama program kami berlangsung Khamis lepas.Cuma dapat call dan whatsap mengenai kelas.Saya terjah pergi malam tu.Mula pukul 8.30malam.Tak jangkakan apa-apa pun sebab,kelas pertama kan?Masuk-masuk nampak Cikgu kat depan macam kenal je..tengok lagi dalam kelas,tak ramai.Ini saya suka ni..kalau kelas tak ramai,memang kita rasa selesa dan paham lebih.Beza kot,masuk kelas lecture hall dengan kelas tutorial kan,apalagi kalau pergi masuk bilik pensyarah tanya soalan.Itu paling kita faham.Macam tu lah analoginya.

bermentor-dengan-denai-hati-3
Kredit gambar : Fb Tuan Aqif Azizan

Malam tu berguru dengan Tuan Aqif,dalam 3jam setengah.Sampai pukul 12malam.Topik memang asas dan berguna.Titik tolak dalam berbisnes.Iaitu validation.Bagusnya,kelas interaktif amat.Mana taknya,small class.Jadi saya faham dan hadam.Insyaallah.Buat latihan waktu tu jugak.Berkali-kali.Kelas dengan Tuan Aqif memang tak boring sebab dia style selambe dan kelakar sikit.Punyalah khusyuk dan teruja sampai tak snap satu gambar pun masa kelas (over aih).

Balik tu rasa bersyukur,gembira dapat ilmu.Sangat positif.Moga kekal momentum ini.Insyallah.

Perjalanan masih jauh.Kawan,jom lah join program ni bersama dengan saya.Biar ada guru yang memandu.Inilah ringkasan cerita kali ini.Da.. =)

(Visited 60 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge