New Zealand 2013

Bermalam di Rotorua,New Zealand

Assalamualaikum,berdikit-dikit saya menghabiskan entry percutian di New Zealand ni. Almaklumlah, tahun 2013. Saya kena cari balik informasi lama. Tapi saya tegar dan nekad nak habiskan. Sebab saya tahu,ada sesuatu yang tuan-puan akan dapat bila baca artikel saya ni. Dan juga dapat idea sedikit sebanyak untuk trip anda.

Dari Hamilton ke Rotorua

Pagi-pagi lepas selesai sarapan di motel,kembara kami langsungkan ke Rotorua.(Boleh rujuk artikel sebelum ini. ). Kami sempatkan singgah di Ahmad Halal Store di Hamilton untuk beli keperluan ke Rotorua. Ada sosej kambing. Teruja tau. Sempat saya tapau masuk ke dalam bekas ais kami.

Kami sempatkan diri singgah di Hamilton Garden. Waktu tu awal musim bunga. Mendung saja cuaca. Sejuk. Rasa macam di oversea lah sangat. Anak-anak seronoklah berlari disana. Yang paling cantik tu pemandanganlah. Rasa udara segar.

bermalam-di-rotorua-new-zealand-1
Gambar keluarga. Fateh masih dalam perut

Perjalanan ke Rotorua

Pemandangan rumah-rumah makin sikit dan kami rasa makin ke arah pemandangan semulajadi. Memang cantik. Landskapnya saya tak pernah alami sebelum ini. Dalam 1 jam setengah kami tiba di Rotorua. Saya paling kagum dengan motel kami. Ala-ala wood cabin. Rasa nak melompat-lompat sebab suasananya memang macam dalam TV gitu.

bermalam-di-rotorua-new-zealand-3
Tuan Zaidia, rakan kepada suami yang buat rancangan perjalanan ni

Berhadapan dengan kabin kami pula,ada kandang kuda. Dah macam dalam filem rasanya dik oiii. Seronok anak-anak tengok kuda. Saya terus jalan keliling motel. Kami akan berkongsi dapur dengan tetamu motel yang lain. Kemudahan mesin basuh pun ada di sana.

bermalam-di-rotorua-new-zealand-2
Rasa macam ada ladang, bila nampak kuda di depan cabin

Nama motel kami adalah Rotorua Thermal Holiday Park.Di sini ada hot mineral thermal pool. Tapi kami tak berkesempatan mandi.

 

Masak sendiri dia motel

Di Rotorua Thermal Holiday Park, dapur terletak diluar kabin. Dipanggil communal kitchen. Waktu malam kami akan masak nasi menggunakan periuk nasi yang kami bawa. Esok paginya kami masak nasi goreng campak-campak di communal kitchen. Gunalah seafood yang kami beli di Park N Save dan sosej kambing dari kedai Halal di Hamilton. Habis batuk-batuk mat saleh bau kami tumis. Kesian pulak. Oh Asian!

bermalam-di-rotorua-new-zealand-4
Wood cabin dia memang sempoi. 1 katil single dan 1 katil double decker

 Petang di Lake Rotorua

Lepas rehat di kabin dan masak. Kami bersantai-santai tengok apa yang ada di Rotorua ni. Kami naik kereta. Kami tengok dari sahaja luar Goverment Garden, musium dan tinjau-tinjau pekan. Banyak geothermal activity di sini. Jadi terkenallah dengan hot spring dan hot pool.

Waktu lewat petang,gigih lagi saya selaku mak buyong waktu itu ikut ke Tasik Rotorua. Kami berkelah, nasi masak siap-siap. Selebihnya lauk ala kadar. Pemandangan rumah-rumah yang ada pendiang api pun masih ada. Cantik. Berkepul-kepul asap keluar dari serombong.

bermalam-di-rotorua-new-zealand-6
Di sini saya terpegun tengok swan hitam liar yang besar-besar

Kuda-kuda dipakaikan selimut. Sebab mungkin cuaca masih lagi sejuk. Tangan saya dan tangan anak dan macam ais. Tapi leka juga mereka bermain lari sana sini. Pemandangan tasik memang cantik. Itik jenis swan punya lah besar. Pertama kali saya tengok, liar dan banyak di kawasan tasik

bermalam-di-rotorua-new-zealand-7
Sejuk. Nasi dah sejuk macam masuk peti ais

Malam waktu berehat

Malam, kami semua berehat di kabin masing-masing. Hujan renyai-renyai. Kami pasang heater. Sampai ada kucing yang menumpang sebab bilik hangat. Lantai bilik air pulak dari besi tau. Kalau nak berwuduk punya lah macam nak melekat kaki pada besi bilik air. Sejuk amat.Kalau kena mandi wajib…tanggung sendirilah. Ggggrrrr. Sejuk gedi kata orang utara.

(Visited 201 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge