Lifestyle

Bermain di IKEA,Kota Damansara

Semalam kami di IKEA.Bawa anak-anak.Roadschooling katanya.Fitrah kanak-kanak memang suka bermain.Dengan bermain mereka belajar kan?Jadi kita bawa mereka main di kedai perabot paaaaaaling mesra keluarga di Malaysia.The IKEA,Kota Damansara.

ikea-kota-damansara-2
Dia berkenan sungguh dengan kuda tu

Dah lama saya tak ke sana.Jadi memang lain lah kali ni interior IKEA.Mula-mula kami isi perut dulu.Tapi yang saya nak cerita kat sini adalah mengenai konseo meja makan mesra keluarga.Kalau ada restoren lain buat macam ni.Aish…confirm mak suka.Bayangkan meja dibuat bentuk 8 segi.Dalam tu dibuat tempat mainan kanak-kanak.Ibu bapa makan keliling meja tu ala-ala bar.Makan senang,hati pun senang.Anak DEPAN MATA!Anak saya yang kecik tu…masuk dan tak nak makan terus.Lupa nak makan sebab seronok main.Lupa nak keluar sebab asyik!

ikea-kota-damansara-6
Meja makan ala bar dan dapat tengok anak di depan mata

 

ikea-kota-damansara-7
I dont want to eat,mummy!
ikea-kota-damansara-8
Bolot semua.Kalau weekend jangan harap lah..penuh

Lepas tu kami ke bahagian kanak-kanak terus.Silakan main kat showroom.Sambil mak angan-angan ye.Ini sample ruang bermain.Alahai…Minat3!

ikea-kota-damansara-5
Hati berbunga kalau ada playroom macam ni

Jalan-jalan lagi.Tengok toys,main masak-masak.Singgah setiap concept room.Ini bilik yang anak saya suka.Yang girl tu…

ikea-kota-damansara-3
Seronok dan enjoy

Ini bilik paling saya suka.An eye opener.Konsep SOHO.Kemas.Siap kat tepi tu..diletakkan meja study anak.Sesuai konsep SOHO kegemaranku.Mak kerja bersama anak.Sambil anak buat homework ke..Ha!Memang habis angan-angan kau.

ikea-kota-damansara-1
Fateh..mummy nak buat kerja ni.Kejap ye

Lepas tu kami beli sikit-sikit barang yang perlu.Lepas tu baliiiikkk..Kena balik bila anak dh mula buat lembik kaki..nak baring atas lantai.Ok.Akhir kata #ibugurupertamaanak

ikea-kota-damansara-4

(Visited 689 times, 2 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge