Interesting Places · New Zealand 2013

Bercuti ke New Zealand;Persediaan Makanan Anak

Persediaan anak-anak dan makanan ke NZ.

Kalau anda ada bajet untuk makan di restoren tiap-tiap hari.Anda tak perlu baca entry ni.Tapi kalau anda nak berjimat sikit atau tak larat nak makan kebaaaaabz je bila kat sana nanti,anda bacalah sikit perkongsian pengalaman saya ni.

PERIHAL MAKANAN ANAK.

Being Asian,tak kira lah..Melayu ke,Chinese dari China ke Indonesian ke,kalau sampai kat airport Auckland tu mesti lah masuk lane kuning punya imegresen check point.Hahaha!

Info tentang barang-barang yang kena declare
Info tentang barang-barang yang kena declare

Mana taknya.Banyak nau barang makanan kau bawak.Bab makanan anak2,kita bawaklah makanan untuk travel yang sesuai.Untuk kanak-kanak yang dah makan nasi.Masak je lah nasi.Selain tu boleh bawak bubur nasi segera macam knorr tu ke.Biskut-biskut baby bawak tau.Sebab kita travel.lapr je boleh suap sementara menunggu nak masak.Kalau rajin bake sendiri…sebagai kudapan.Bukan senang nak cari 7e kat sana.Kedai pukul 4.30petang dah pakat tutup.Bawaklah milo 3 in 1 ke untuk anak anda.Sebab kat sana susu kotak2 kecil macam kita selalu belanja anak kita bila travel…xde.Susu dia sekali jual 1 gallon.Fresh milk.

Yang paling best,masa ni korang cari lah buah-buah NZ.Sebagai bekal travel.Kiwi-manis amat kat sana.Apesal smpai Malaysia dia masyam.Kiwi tu bawak buat kudap2 travel untuk anak2.Strawberry dan orange tiba2 jadi sedap.

Lepas tu bila pergi stock up di pasaraya~beli lah dried berries.Macam cranberries.Masa ni nak merasa buah2 import dengan harga murah sikit.Perut pun sedap dan lancar je buang-membuang.

Itu alkisah kudap-kudap anak2.

Pagi-pagi kami masak dan isi perut
Pagi-pagi kami masak dan isi perut

MAKANAN ORANG DEWASA

Pastikan anda check NZ  imegresen punya rules&regulation.Dia sebuah pulau.Jadi strict sikit.

Kami bawak beras uolls…hahaha.Bawak mini rice cooker.Malam-malam kami masak nasi.Esok pagi kami masak nasi goreng kat motel.

Perencah?Nak selamat better bawak yang serbuk2 sudah.Kang yang paste2 korang letih nak menjawab kat airport nanti.

Paling sesuai korang bawak kit nasi arab al bayt ni.Beras dah sedia.PRempah dia kering.Lepas airport custom.Protien?boleh beli di kedai halal.Saya stock up kambing,daging dan sosej di Ahmad Halal Shop di Hamilton.Owner dia orang Penang.

Fillet ikan,udang dan seafood boleh dapat di pasaraya.Masaklah nasi goreng udang ke..fillet ikan ke.Insyaallah.Barang-barang Malaysia ada juga di Halal Shop tu.Telur stock up di pasaraya.Buat lauk dengan nasi.Kicap bawak yang mini tu.

Mee segera sila bawak.In case of emergency.Benda yang paling penting untuk lidah melayu–chilli flakes.Banyak berbakti buat penambah perisa pedas masa kami kat sana.

Ketupat nona boleh bawak.Nanti beli daging.Masaklah rendang segera.Boleh berkelah di Huka Waterfall.Dan penyelamat masa lapar.

Chilli flakes
Chilli flakes

Chilli flakes ni penyelamat lidah kami kat sana,makan apa sikit letak chilli flakes.Nak buat sambal sendiri tak dapat.Letak ni lah kasi pedas.

Dapat idea tak?Kita ibu2 ni kena fikir 1 step forward when it comes to food.Anak yang lapar akan mula buat bibit2 perangai.Sebelum satu rombongan terganggu,kita isi lah perut mereka dulu.Kaum bapa?Diorang mana lah aware pasal benda ni.

Sekian dulu.Harap korang dapat sikit-sikit idea apa nak bawak.Mana nak cari halal.food.What to expect.Sekali sekala layan lah kebab..Kalau luar Auckland susah dah cari halal food.Tak banyak pilihan.Jadi masa dekat Hamilton atau Auckland boleh stock up.Masuk dalam bekas polisterine yang isi ikan tu.Biar sejuk.Sampai motel masuk dalam freezer.

Rindu tempat ni
Rindu tempat ni

Itu kisah penjimatan kami.Sekadar berkongsi.Kalau sesuai ambik,yang tak sesuai tak perlu ikut.

 

(Visited 1,701 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge