Interesting Places · Jalan-jalan

Bercuti di Janda Baik

Assalamualaikum.Kali ni ala-ala weekend getaway punya entry.Our destination was Janda Baik.Saya tak plan apa pun.Cuma follow je apa yg suami beli.Jadi kali ni kami berteduh di chalet di Janda Baik ni..Namanya Inap Desa Chalet di Janda Baik ni.Nak book yang lain,dah penuh.Ada juga yang out of our budget.Tapi kat Inap Desa ni RM150/per night.Keli Chalet nama dia.

Depan chalet kami.Desa oh desa
Depan chalet kami.Desa oh desa

Chalet ni sebenarnya 2 tingkat.Saya nak cerita keistimewaan chalet ni sebab saya berkenan dan sesuai sangat kalau nak bawak family datang dan barbeque ke…atau saja spend time jauh dari rumah.Satu bilik ada 1queen bed (bahagian bawah),1 single bed dan 1 tilam queen kat loteng.So kalau family of 5 nak sewa 1 chalet memang sesuai.

Tingkat bawah 1 queen bed
Tingkat bawah 1 queen bed

Tangga atas tu naik ke loteng.Tandas ok.Cuma tak de TV.Jadi memang quality time betul.Ye la..kalau ada tv,kalau bukan mak.Anak yg nganga.Reception telefon celcom…3g pun tak de.Lagi lah kita tak tengok phone.Memang quality time.

Tingkat atas ada 1 tilam queen dan 1 katil single
Loteng ada 1 tilam queen dan 1 katil single
Tangga ke loteng
Tangga ke loteng

Disebabkan kami ada anak kecik yang obses dengan tangga.Nak memanjat je kerjanya.Kami gunakan teknik penyamaran,supaya dia tak tau itu TANGGA!

Ada 2 jenis bilik macam ni sebelah menyebelah.Kalau anda yg nak datang buat family gathering memang sesuai.Kat depan ni ada ruang makan,masak dan barbeque.Angan-angan next time.bawak ikan,ayam,daging perap.Masak sambil borak-borak dengan family besarku di sini.Goreng bihun..angan-angan jap..

Kira tempat masak,barbeque dan makan di luar
Kira tempat masak,barbeque dan makan di luar

Inap desa ni konsepnya,chalet yang diusahakan oleh orang tempatan.Jadi sebenarnya kami di perkarangan rumah tuan empunya lah.Perkarangan rumah memang lapang dan luas.Anak-anak boleh lepas,bebas berlari di padang tu.Siang atau malam.Kasi letih!

Lari-lari main bola
Lari-lari main bola
chalet-di-janda-baik-8
Bagi makan ikan.

Petang tu kami ber JJCM dan jalan-jalan keliling tengok kawasan.Usha-usha tempat mandi.Tinjau-tinjau resort di janda baik lain yang kami baca di internet.Kami makan di kedai masakan panas Chemeroh.Aish…tepi sungai.Sedap pulak tu.Rezeki.

Rata-rata pemandangan di janda baik
Rata-rata pemandangan di janda baik

Pemerhatian saya.Janda baik adalah kawasan tanah rata dekat kaki banjaran titiwangsa.Jadi banyak sangat sungai-sungai cetek di kawasan ni.Aktivitinya lebih ke arah bawa anak mandi sungai (sungai cetek-cetek sangat sesuai untuk kanak-kanak),barbeque dan chalet-chalet dibina tepi sungai untuk tujuan begitu.Family-friendly.Kenapa dok sebut banyak kali family friendly?Sebab kenalah dengan my stage of life sekarang.Hehehe!Ibu dengan 2 anak kecik.

Antara chalet-chalet dan resort yang kami jengok-jengok petang tu
Antara chalet-chalet dan resort yang kami jengok-jengok petang tu
Hawa resort.Depan chalet terus sungai
Hawa resort.Depan chalet terus sungai

Selamat merancang percutian anda.Semoga ada dapat sedikit sebanyak idea percutian dan penginapan di Janda Baik atas perkongsian saya ini.

 

Risau anak basahkan tilam homestay sewaktu bercuti?

Klik gambar di bawah untuk tahu mengenai alas tilam waterproof

alas-tilam-waterproof-bercorak-4

(Visited 12,312 times, 1 visits today)

One thought on “Bercuti di Janda Baik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge