Homeschooling · Resepi

Bercerita Kisah Ratu Semut Dan Tentera Nabi Sulaiman

Ini cerita semalam.Saya dah rajin bercucuk tanam dalam pasu.Depan rumah.Baru nak belajar-belajar.Anak-anak agak susah dijaga bila kita nak berkebun ni.Jadi saya bagi aktiviti kat anak-anak saya.

Sedang saya gembur-gembur pasu…Subhanallah.Saya terjumpa ratu semut.Ini saya kongsikan gambar dengan anda.

ibrah-ratu-semut-1
Ratu semut sangat besar

Ratu semut ni berganda-ganda besar dari semut askar.Semut askar besarnya 2mm,tapi ratu semut yang saya jumpa ni hampir 4cm.Subhanallah.Saya tahu dan terus tunjuk pada anak-anak.Sebelum ni mereka pernah tengok di National Geographic saja atau dari buku-buku perpustakaan.

Semalam kami tengok real.Terus saya pancing perhatian mereka dan ulang semula cerita Nabi Sulaiman dan Ratu Semut.Kisah-kisah Nabi dan haiwan teladan memang kami ada satu set di rumah.Pernah dibaca malam-malam.Ini dah macam sekolah alam dah.Saya terus teruja.Lepas tu menjawab lah dengan soalan anak saya.

Kenapa dia bagitau askar dia?

Kenapa dia baik?

Kenapa askar Nabi Sulaiman nak pijak semut?

Kenapa dia pompuan(ratu)?

Soalan-soalan berjaya saya jawab.Alhamdulillah.

ibrah-ratu-semut-2
Pasu-pasu tak seberapa

Kemudian saya jumpa daun yang saya selalu gunakan untuk main masak-masak dulu.Nah ambil daun ni dan tumbuk.

Mummy dulu memang main masak-masak di luar.Saya tunjuk lah macam mana menumbuk.Apa bau daun tu..Dia seronok pulak..layan..main masak-masak.

 

ibrah-ratu-semut-3
Esok nak main lagi katanya.

Ini pula buku kisah Ratu Semut dan Tentera Nabi Sulaiman.Boleh dapatkan DI SINI

ratu-semut-dan-tentera-sulaiman

(Visited 284 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge