Lifestyle

Belajar dan Cerita kisah Nabi kepada anak

Assalamualaikum semua. Dalam banyak-banyak sesi Puan Ros bersama anak. Satu yang paling anak Puan Ros suka adalah bercerita sebelum tidur. Macam-macam cerita yang Puan Ros suka cerita dari dulu. Tapi baru-baru ni anak Puan Ros sangat suka cerita nabi dan rasul. Ini antara try and error yang Puan Ros cuba . Semua yang baik datang dari Allah Ta’ala.

Ada pelbagai teknik yang boleh dicuba untuk menarik minat anak-anak mendengar cerita. Ada jenis kartun di youtube, ada buku cerita bergambar dan dari Al Quran itu sendiri maha sempurna. Contoh Kisah Nabi Yusuf. Sangatlah anak Puan Ros suka cerita Nabi Yusuf. Ini teknik yang Puan Ros guna. Kalau nak ikut dan kena dengan anak-anak Puan silakan. Lain padang lain belalang. Lain anak lain kesesuaiannya.

Persediaan ibu sebelum bercerita

Sebelum bercerita biasanya Puan Ros yang kena study dulu. Puan Ros suka buka segmen ibrah di IKIM FM. Tapi nak ikuti siaran memang ke laut. Jadi Puan Puan Ros akan pergi ke youtube dan search : Radio Ikim Ustaz Muhammad Syaari Abdul Rahman. Maka akan keluar senarai koleksi slot IBRAH di Radio Ikim. Boleh juga cari TV Ikim.

cerita-nabi-nabi-untuk-anak-anak-1
Banyakkan senarai kisah-kisah ibrah ni

Kebanyakan slot IBRAH ni adalah kisah Nabi-Nabi. Waktu siaran atau videonya sekitar 35minit. Jadi kalau kita dengarkan ketika dalam perjalan pergi balik kerja memang sesuai dan sedang elok. Atau sambil-sambil masak ok. Sangat sesuai.

Bagaimana nak dengar dalam kereta?

Mana-mana saja boleh dengar. Di dapur. Tengah menyusu anak. Tak kisah. Cuma Puan Ros nak kongsi bagaimana nak save dari youtube kepada format mp3. Puan Ros akan save link youtube. Pergi ke youtube to mp3 converter dan paste link youtube tadi. Klik start dan convert. Bila selesai convert ke format mp3. Download.

cerita-nabi-nabi-untuk-anak-anak-2
Copy link youtube yang anda nak dengar

cerita-nabi-nabi-untuk-anak-anak3

Pergi ke youtube to mp3 converter

cerita-nabi-nabi-untuk-anak-anak-4
Dah boleh download

Mp3 kisah-kisah Nabi ni Puan Ros akan dengar bila pergi dan balik kerja. Cerita malam nanti biasanya Puan Ros akan dengar siap-siap dalam kereta sebagai persediaan. Jadi malam nanti bolehlah Puan Ros bercerita dengan lancaqnya!

Bukan setiap harilah Puan Ros konsisten. Ada hari Puan Ros buka youtube dan kongsi kartun kisah Nabi dalam youtube. Tapi esoknya Puan Ros sambil-sambil cerita kami recall lah balik cerita tu. Kalau ada buku pun membantu juga.

Ok,setakat ini dulu. Anda buat. Anda dapat. Semoga bermanafaat

(Visited 20 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge