Lifestyle

Belajar buat blog wordpress

Seharian saya dan rakan-rakan bisnes wanita berguru belajar buat blog menggunakan platform wordpress.Yang paling seronok kami kumpulkan 5 usahawan dan request untuk kelas blog ini.Bertempat di Saujana Utama,seharian kami menimba ilmu,tadah gelas kosong dan ber-talaqi ilmu buat blog dengan guru kami Puan Mahya M Tarip.

Kelas praktikal dengan mode santai.Cikgu pun bersila ha..
Kelas praktikal dengan mode santai.Cikgu pun bersila ha..

Kelas yang saya ambil hari ini lebih kepada beginner.Jadi topik-topik kami berkisar dari cara beli domain dan hosting dan kemudiannya mengenai admin panel untuk platform wordpress itu sendiri.Rata-rata kami sudah mempunyai blog,tapi tak boleh ke kiri dan ke kanan.Masih belum conversant lagi nak edit,go about dan make up blog kami sendiri.

Jadi di kelas ini kami explore dan belajar satu-satu cara buat blog menggunakan platform wordpress ni.Bukan mudah tau…remaja purba belajar.Hehehe 🙂

Snap gambar kawan-kawan semasa di kelas.Cikgu Shahirah dan pemilik Butik About Umi&Baby,Subang Bestari.
Snap gambar kawan-kawan semasa di kelas.Cikgu Shahirah dan pemilik Butik About Umi&Baby,Subang Bestari.

Topic terakhir adalah mengenai SEO.Yes,kami bussiness woman.SEO sangat penting bagi kami.Belajar serba sedikit mengenai SEO,kami install plug in dan belajar setting.Makin petang,saya dah makin tepu.Jadi sessi petang dalam pukul 3.30petang ke atas bermula dengan sessi soal jawab.Sessi klinik dan praktikal.Praktikal maksud saya di sini,kami wajib bawa laptop dan buka blog sendiri dari awal kelas.Bukan kelas ‘mendengar’ sahaja ye.

Owner Moms Basic dan Firdausi Solution khusyuk belajar
Owner Moms Basic dan Firdausi Solution khusyuk belajar

Kelas tamat pukul 4.30 petang.Berbaloi kami bertapa di sini dari pukul 10pagi.Datang dengan gelas kosong,pulang dengan hampir penuh.Nak tambah skill kami dibekalkan dengan ‘homework’ buah tangan Puan Mahya sempena dengan cuti panjang hujung minggu ni (Hehehe..sudah)

Kelas praktikal.Belajar dan buat
Kelas praktikal.Belajar dan buat

Selesai semuanya.Kami bergambar kenangan dengan Puan Mahya.Kelas blog hari ni memang sangat seronok.Banyak input dan saya doakan ‘geng’ ibu ber-bisnes makin maju.Ilmu yang ada kita asah dan praktikkan.Buat sesiapa yang bisnesnya masih diperingkat survival mahupun dah terbang tinggi,rajinkan diri anda menimba ilmu.Modal ilmu adalah modal yang paling penting untuk seorang usahawan.Anda pemodal?Perlu tahu juga sedikit sebanyak ‘overview’ mengenai blog,hosting dan website.Supaya anda tahu harga apa dan apa yang anda bayar bila mengupah designer mahupun webmaster (kisah benar ni!)Terima kasih Cikgu Mahya 🙂

Cikgu Shahirah,Roslina littlemunas,Nur About Umi&Baby,Nuha Moms Basic dan Firdaus,Firdausi Solution
Cikgu Shihirah,Roslina littlemunas,Nur About Umi&Baby,Nuha Moms Basic dan Firdaus,Firdausi Solution
(Visited 431 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge