Aktiviti bersama anak · Bedah Buku · Homeschooling

Bedtime story untuk anak-anak

Dah bulan April kan?Fah lebih setengah dari bulan April pun.sejujurnya perkembangan dah tak serancak dulu.Saya mula rasa risau,kadang-kadang nak give up.Tapi kita kembali semula kepada objektif kita menetapkan sesuatu keputusan dulu.Saya pasti kadang-kadang memang ada musim dan up & down dalam HS (homeschooling) ni.Peer pressure dah terasa,padahal anak yang saya HS ni umurnya 5 tahun je.

Yang mula rancak,bukan homeschooling,tapi aktviti malam-malam.Ini sentiasa rancak.Jom cerita sikit.Si adik dah mula pandai bercakap..buat dua ayat pelat.Comel sangat dengarnya..Jadi antara aktiviti malam adalah membaca bersama anak sebelum tidur.Saya dah jumpa buku yang kena dengan si adik.

manafaat-membaca-bersama-anak
Buku ni senang nak dibaca

Saya terjumpa buku ni di PPAS Shah Alam.Nampak mudah buku ni,asalnya saya nak pinjamkan untuk si kakak baca.Sekarang,saya minta si kakak baca..untuk adik.Pada masa yang sama,adik mudah ikut dan fokus.Sebab cepat je habis…Tak panjang-panjang ceritanya.Eh..bukan cerita pun.Aktiviti saja.

buku-kanak-kanak-3 tahun-1

Ada panduan untuk ibu bapa.Sangat betul,aktviti membaca bersama anak paling sesuai diadakan pada waktu malam sebelum tidur.Saya suka panduan ini.Anak yang dibacakan buku pada setiap hari menghasilkan anak yang suka buku dan tinggi daya tumpuan.Proven,anak saya yang pertama fokus dan boleh membaca pada usia ketika berusia 4 tahun.

buku-kanak-kanak-3 tahun-2

Tengok bahasnya,mudah saja.

“Rasa dengan apa?”   “Dengan lidah”

Comel bila anak saya buat dan tunjukkan pada saya.Lepas tu dia mula nak sebut perkataan itu pulak.Suka tau.

buku-kanak-kanak-3 tahun

Bila baca di belakang,wah..patutlah,memang buku ni aktivitinya membaca bersama anak.Tepat!Jadi mana-mana ibu yang ada anak pertama..nak mula membaca untuk anak saya sangat rekemen buku ini.Insyaallah saya akan pinjam lagi di perpustakaan.

Google punya google saya jumpa di sini siri penuhnya.Sekian dan saya akhiri dengan ucapan doa

“Ya Allah,sekiranya perkongsian ini bermanafaat,jadikan ia amalan baikku di alam kubur.Insyaallah.Jadikan orang yang membacanya mendapat manafaat juga dan disampaikan kepada yang lain.Amin”

buku-kanak-kanak-3 tahun-3

(Visited 299 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge