Lifestyle

Bedah Buku #Amoiberhijab

Buku ini santai sahaja jenis tulisannya.Saya mula baca pukul 10.30 hari Jumaat,lepas tu baca sikit pagi Sabtu,dah habis.Bacaan ringan tapi menarik.

buku-amoi-berhijab-4

Felixia atau Rara memang gadis yang bukan saja cantik.Tapi kisah beliau juga hebat.Diceritakan bermula dari kesusahan-kesusahan dari zaman kanak-kanak,sehingga beliau menjadi model terkenal.

Siapa sangka dia dibuli dengan teruk ketika zaman kanak-kanak.Disusuli dengan penceraian ibu bapa.Felixia kemudian mengambil alih tugas surirumah dengan mengurus adik beliau.Ish…nak cerita banyak-banyak di sini nanti ‘spoil’ pulak bila anda baca.Tapi beliau jauh lebih susah dari zaman kanak-kanak saya.Sampai beliau jadi ‘tough’ dan tabah gila.Saya respek!

buku-amoi-berhijab-2

Satu part dalam kehidupan yang saya suka,ketabahan dia mencari duit untuk menampung hidup selama belajar kolej di KL.Itulah saya rasa satu ranjau yang hebat.Maksudnya beliau berinisiatif dalam cubaan mencari duit dengan bermula memasuki pertandingan ratu cantik di kelab malam.Kagum juga dengan prinsipnya yang tak mau ‘lebih-lebih’ dan rela kalah atau dapat hadiah saguhati.

buku-amoi-berhijab-3

Lepas tu kesusahan Rara sampai menyewa di bilik stor sebab nak jimat duit tau.Tidur terpaksa bengkokkan kaki.Kain baju semua letak dalam beg.Satu yang tak pernah saya alami-susah sungguh cabaran-cabaran yang dia hadapi.

Best3!Tak tahu nak cerita macamana.Nak bedah lebih-lebih kang..’spoil’ pulak.

buku-amoi-berhijab-5

NAK BELI DI MANA?

HARGA RM18,boleh beli DI SINI

(Visited 107 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge