Parenting

Bawa anak-anak tengok Minions

Isnin hari tu,plan saya nak buat kerja.Nak restock jubah.Tapi ada aral melintang.Saya rasa nak de-stress.Terus tak fikir apa dah.Saya pergi tengok wayang.Kelakar pulak…tapi bersantai tengok wayang kadang-kadang rasa syok jugak.Almaklumlah sejak ada anak ni memang tak jejak kaki ke wayang.Tapi kali ni bawa anak-anak.Saya pergi bersama kawan saya Syarifah,pemilik Butik About Umi&Baby,Subang Bestari.

Minions of the day
Minions of the day

Ni ha peserta kami.2 mak,3 anak-anak.Kami pilih hari Isnin,sebab hari isnin early show memang tak de orang.Maksud saya tak de orang adalah,samada anda dan sorang dua lagi je dalam panggung tu.Hehhehe.Saya tau ok,saya dah risik-risik dengan staff MBO masa sessi movie sebelum ni.Anak-anak kami pula,free of charge!Sebab tinggi tak cukup lagi.Lepas tu..ambik show pagi.Memang kosong…

Bukan teringin sangat nak tengok cerita Minions,tapi saja nak bawak budak-budak ni tengok.Kalau saya,saya dah pilih cerita dinosour dah…apa nama Jurassic Park tu.Ok,kali ni kita layankan diorang.

Lepas setengah jam,ada minion lain muncul.
Lepas setengah jam,ada minion lain muncul.

Mula-mula tengok Minions ok ja.Tempat duduk pun suka hati nak duduk mana laksana wayang suka-suka bapak kita yang punya.Lepas setengah jam minions ni dah jemu.Dia mula tawaf turun naik satu panggung.Turun tangga,main kat depan screen.Naik balik.

Happy ke tak kalau muka macam ni?
Happy ke tak kalau muka macam ni?

45 minit selepas tayangan,minions kecik dah ada pengikut.Tiga-tiga ni main pusing satu panggung.Suka hati koranglah.Yang saya nak kongsi hari ni adalah gelagatnya.Dan trick kalau anda mula-mula nak bawak anak-anak kecil ke tengok wayang.

Next session cerita pulak ye...pandai korang!
Next session cerita pulak ye…pandai korang!

Tu dia.Dah ada plan for next session.Menggunakan peluang sementara mereka belum sekolah lagi.Ok.Assalamualaikum.

(Visited 383 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge