Interesting Places · Jalan-jalan · Lifestyle

Anak seronok Genting Strawberry Leisure Farm

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Laju saya menulis mengenai perjalanan kami ke Genting semalam. Semalam kami pergi tanpa perancangan beria-ia. Sebab Genting memang dekat sahaja kalau daro Tol Gombak. Waktu subuh pun kami masih berkira-kira nak le pasar pagi ke atau ke Genting. Disebabkan suami saya ini bakal sibuk bekerja hujung tahun ini, jadi kita habiskan masa bersama keluarga.

petik-strawberry-di-genting-strawberry-leisure-farm-1

Gerak awal dari rumah

Lebih kurang pukul 7.20 pagi kami dah bergerak dari Subang. Siap tapau air dan kudapan. Tak lupa juga bungkuskan sarapan nasi dagang untuk dimakan sebelum masuk Strawberry Farm nanti. Bawa anak memang begini, supaya bajet sentiasa terkawal. Hahahha! Besar ketawa ya. Bergerak ke Tol Gombak dan keluar di persimpangan Genting. Sekitar 15-20 minit sahaja. Belum sampai ke Perhentian Genting Sempah pun.

5 minit dari persimpangan kami dah rasa ala-ala tanah tinggi gitu. Pagi-pagi berkabus. Kami cari Genting Strawberry Leisure Farm. Belum buka lagi rupanya. Buka pukul 9 pagi. Jadi kami pusing-pusing dan jumpa Skyway ke Genting. Skyway adalah perkhidmatan kereta kabel untuk naik ke Genting. Tak pernah kata orang ‘naik Genting’, jadi kami ambil keputusan mencuba.

harga-tiket-cable-car-genting

Pagi-pagi Ahad memang orang tak ramai. Alhamdulillah, mudah saja kali ini. Masa naik cable car macam tempat pelancongan tipikal, mesti ada orang nak tangkap gambar anda. Nanti bila sampai di atas boleh ambil. Bayarannya boleh tahan. Saya memang tak bagi ambil gambar siap-siap. Baik guna kamera telefon saja.

harga-tiket-cable-car-genting-1

Pengalaman pertama anak saya naik kereta kabel ni. Seronok dan ada juga sedikit takut. Teruja muka mereka. Yang seronoknya merasa suasana kabus tebal. Sampai kami cuma nampak kereta kabel kami dan 1 kereta kabel bertentangan arah sahaja. Jangan lupa baca doa naik kenderaan.

harga-tiket-cable-car-genting-3

Gayat memang gayat. Perjalanan agak lama juga. Jadi sempat merasai rasa takut dan semua-semuanya. Sampai di atas suhu pagi tu sekitar 20 darjah celcius. Jalan-jalan sikit di Genting. Tak banyak yang boleh dibuat. Kami turun semula. Makan nasi dagang dan terus ke Genting Strawberry Leisure Farm.

Genting Strawberry Leisure Farm

Akhirnya sampai juga. Bergambar dulu. Ingat gambar depan ni. Nanti terkeliru pula. Sebab ada juga taman seakan-akan Leisure Farm di sini. Abaikan gambar kami memang jenis macam ni.

petik-strawberry-di-genting-strawberry-leisure-farm-5

Bayaran masuk kami berempat RM21. Sementara menunggu suami beli tiket, depan taman ini memang banyak replika-replika comel. Kalau anda suka bergambar, memang inilah kawasannya.

Petik strawberry

Mula-mula pergi ke kaunter untuk ambil bakul. Ada ditulis dekat kaunter, harga kutipan adalah RM8 untuk 100gm. Saya cepat-cepat beritahu anak, seorang boleh kutip 10 biji sahaja. Ini taktik saya supaya tak lebih-lebih mereka kutip.

petik-strawberry-di-genting-strawberry-leisure-farm-4

20 biji kami kutip dan timbang, bayarannya RM14.72 .Masih saya ingat. Macam-macam ada di Genting Strawberry Leisure Farm ini. Dari bahagian lavender, ros dan macam-macam bunga. Pada anak-anak memang satu pengalaman baru buat mereka.

petik-strawberry-di-genting-strawberry-leisure-farm-6

Di Genting Strawberry Leisure Farm ni juga banyak bingkai bergantungan begini untuk bergambar. Banyak. Pilih saja latar belakang yang anda suka.

Ke bahagian bunga-bungaan kita. Ada pelbagai jenis bunga yang memang cair hati bila melihat. Kalau bahagian lavender tu memang romantis auranya.

kebun-mini-lavender-di-strawberry-leisure-farm-3

Dah jumpa papan gelongsor strawberry. Main. Semua dia nak cuba.

kebun-mini-lavender-di-strawberry-leisure-farm2

kebun-mini-lavender-di-strawberry-leisure-farm-4

Hentian terakhir di sini adalah tempat makan. Mestilah kena beli juga aiskrim supaya anak yang dah mula letih makin tenang. Banyak lagi tarikan lain seperti bahagian-bahagian yang ditaman dengan bunga yang cantik-cantik. Ada simulasi tsunami dan gempa bumi. Ada kedai cenderahati. Tempat bergambar dengan patung panda dan lain-lain. Kalau bawa rombongan tadika sangat ideal.

kebun-mini-lavender-di-strawberry-leisure-farm-5

petik-strawberry-di-genting-strawberry-leisure-farm-2

petik-strawberry-di-genting-strawberry-leisure-farm-3

Ok, setakat ini dahulu. Harapnya dapat memberikan sedikit informasi kepada anda ya.

Genting Strawberry Leisure Farm

No. 1, Lot 3707, Jalan Jati 2, Bandar Gohtong Jaya,, Genting Highlands.

 

(Visited 195 times, 1 visits today)

4 thoughts on “Anak seronok Genting Strawberry Leisure Farm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge