Umum

Anak muntah bila demam habis kotorkan tilam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Sibuk dan rasa berat emosi menguruskan anak kedua saya yang demam.Demam akibat tonsil yang bengkak.Berulang kali jadi.Akhir sekali 2 minggu lepas.Salah saya,saya culas habiskan antibiotik yang diberi.Bila dia elok sikit saya buat relaks je.Dah berulang balik demam dia.

Ibu-ibu kalau anak demam,tidurnya cuma tidur-tidur ayam kan?Mana taknya,dengar anak berbunyi sikit saja,cepat telinga kita menangkap.Esoknya mata macam panda.Suhu anak mesti monitor dengan baik.Bukan apa,tak nak naik mendadak dan ‘tarik’.

 

Persepsi mengenai anak demam dan muntah.

Ini adalah pandangan peribadi :Sewaktu anak pertama dulu.Dia kerap demam dan muntah.Selalu juga dia dimasukkan ke hospital.Dia tinggal di nurseri dan saya anggap waktu itu,ianya normal dan kerap berlaku pada kanak-kanak yang tinggal di nurseri.Mungkin sebab risiko dijaga beramai-ramai di sana.Anak kawan saya pun begitu.Jadi saya rasa ianya normal.Sangat salah ok!

Bila anak kedua.Saya sudah berhenti kerja untuk menumpukan perhatian dan mengimbangkan kesibukan kami dalam mendidik anak-anak.Anak saya yang kedua,amat jarang sakit.Syukur alhamdulillah.Walaupun dapatan saya mungkin salah.Tapi bila kita isolate anak dari tempat jagaan beramai-ramai,risiko untuk anak kita mendapat penyakit mudah berjangkit seperti selsema,demam dan batuk menjadi rendah.

Anak demam dan muntah di katil
Anak demam dan muntah buat ibu bapa gelisah

Anak muntah antara sebab ibu beli alas tilam kalis air

Antara yang amat merisaukan ibu bapa adalah anak muntah.Tengah-tengah tidur malam….uweekkk!Banyak pulak tu.Katil basah,selimut basah dan baju ibu pun basah.Ayah akan tolong salin cadar dan ketepikan ‘barang kes’ dalam bilik air.Akhirnya barang kes tu tersadai di bilik air 2 hari.Tilam berbau dah.

Menurut hasil dapatan saya bila berkomunikasi dengan pelanggan.Ramai juga yang beli alas tilam kalis air ni sebab nak jaga tilam bila anak muntah.

Anak muntah lepas batuk-batuk dan beli alas tilam kalis air
Anak muntah lepas batuk-batuk

 

Perlu beli alas tila untuk lindung tilam
Batuk juga antara punca anak muntah

Selain beli untuk potty training,ibu-ibu juga beli sebab nak lindungi tilam bila anak muntah.Batuk pula adalah salah satu penyebab muntah.Memang tau,kalau toddler batuk kuat.Selalunya diiringi dengan muntah.Tak kiralah muntah kahak atau muntah susu.

Lihat di bawah lagi sebab mengapa ibu-ibu nak lindungi tilam bila anak muntah.

Bau susu melekat pada katil
Tak nak bau susu melekat pada katil bila kena muntah anak
Kerap muntah waktu pagi,ibu terpaksa beli alas tilam kalis air
Kerap muntah waktu pagi,ibu terpaksa beli alas tilam kalis air.

Cara basuh alas tilam kalis air dengan kotoran muntah

Lega tak dengar,bila anak muntah tilam anda dah tak de bau susu,basah atau kotoran muntah masuk ke dalam tilam.Ini saya nak berikan cara basuh alas tilam kalis air kalau kena muntah anak.

  1. Angkat alas tilam dan masukkan ke dalam baldi.Buangkan kotoran muntah jika ada.
  2. Rendam sebentar.Jika ada bahagian yang terkena kotoran tadi dah kembang,cuci lembut dengan sabun badan.
  3. Bilas dan perah.Sidai pada ampaian.Oleh kerana alas tilam ini cepat kering.Pada hari yang panas,alas tilam boleh diangkat seawal tengahari.

Alas tilam ini paling sesuai untuk basuh tangan untuk menjaga material kalis air dibelakangnya.

Senang basuh alas tilam kalis air
Alas tilam kalis air cepat kering bila dibasuh

 

(Visited 146 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge