Aktiviti bersama anak · Lifestyle · Parenting

Anak kena jangkitan tangan,kaki dan mulut

Selama ni baca kat news,baca poster di depan pintu taska dan dengar-dengar je kawan bercerita.Kali ni anak kedua terkena jangkitan.Seminggu sebelum tu memang ada di depan taska terpampang poster HFMD ni.Saya tanya cikgu “dah ada yang terkena ke?”.Katanya belum lagi,cuma dah keluar surat dari kementrian untuk pengendali taska.

Isnin (Day-1)

anak-kena-penyakit-hfmd-3
Kredit foto :http://www.basmi.my

Fateh merengek-rengek biasa untuk ke nursery.Saya nampak pagi ni ada ulser dalam mulut dia.Dia macam pedih-pedih sikit.Setiap Isnin mesti ada drama ke nursery.Sampai di nursery saya beritahu cikgu.”Fateh ada ulser”.Terus cikgu dia terdiam..”Erm..”.

Rupa-rupanya memang ada dah yang terkena jangkitan di sana.Bawa balik anak saya,belek lidah,tangan dan kaki.Ada nampak dalam 3-4 biji merah-merah di kaki dan tangan.Rasanya macam dah terkena.Tunggu suami balik dari Indonesia.Kami terus ke klinik petang tu.

Doktor check dan sah,memang HFMD.Doktor tengok masih sikit.Dia kata mungkin akan naik lagi..(part ni mak suspen).Perlu kuarantin selama 3-7 hari.Virus akan hilang sendiri.Tapi kita kena kawal supaya tak merebak kat orang lain.Tak perlu warded bagi kes anak saya.Cuma perlu monitor,kalau lembik dan tak makan atau minum membawa kepada dehydrated,itu yang kena warded.Begitulah lebih kurang.Di bawah sedikit info mengenaik HFMD.

anak-kena-penyakit-hfmd-1
Kredit :slideshare.net
anak-kena-penyakit-hfmd-2
Kredit: slideshare.net

Selasa (Day-2)

Alhamdulillah,anak tak demam.Tapi sepanjang malam semalam dia tak minum susu badan.Dia bangun menangis 4 kali.Sampai serak-serak.Saya faham dia kekurangan air,mungkin lapar juga.Segala yang dia makan dikatanya pedas.Aiskrim pun sama.Padahal lidah dia yang ‘pedih’.Bukan pedas.Air liur tu menjejer jugak sebab ulser betul-betul hujung lidah.Menjelang subuh dia ajak turun bawah,minum air.Lepas tu minum susu dan tidur.

Siangnya saya mula memasak makanan yang meningkatkan imun.Seperti bawang putih,habbastussauda.

anak-kena-penyakit-hfmd-5

Menunya chicken soup.Memang kalau ada yang tak sihat di rumah,saya akan masakkan.Chicken soup,saya lebihkan bawang putih dan habbatussauda.Yang tak berapa OK,Fateh yang sakit tak makan sampai ke sudah chicken soup ni..kami yang melantak.Mana taknya,ada ulam bagai.

Dah cuba letak ubat ulser,tak jalan.Dia tak makan juga sampai ke sudah.Saya dah mula memerhati tanda-tanda seperti ; tidak aktif,lembik atau dehyrated.Sampai ke malam dia kurang aktif.Kami bawa dia keluarg jalan-jalan,tapi tak dibenarkan keluar kereta.Duduk je dalam kereta,kami makan soft ice cream vanilla.Dia masih tak makan jugak..

Balik tu,dia aktif semula.Makan sikit-sikit.Minum air.Alhamdulillah….lega!

Malam berlalu tanpa menangis,minum susu badan macam biasa malam dan pagi.

Rabu (Day-3)

Pagi-pagi bangun,agak tidak ceria.Lepas tu dia mula makan honey stars dengan susu.Tambah 5 kali okay…Terus dia aktif macam biasa.Honey stars tu lembut bila dan terendam dalam susu.So,sepanjang hari tu dia kembali aktif dan recovering.

Mak masak bubur pagi tu dengan mash potato.Kedua-duanya garlic dan habbastussauda lebih.Macam biasa,kakak dan mummy dia yang makan.Mana badan tak naik.Orang sakit tak makan.

anak-kena-penyakit-hfmd-7
mash potato with garlic and habbatussauda
anak-kena-penyakit-hfmd-6
porridge with garlic and habbastussauda

Khamis (Day-4)

Makin baik,cuma dok perati biji-biji di kaki.Masih belum hilang sepenuhnya.Masih ada.Ulser dan makin kecil.Berehat dirumah dan kuarantin.Alhamdulillah,tak de demam.

anak-kena-penyakit-hfmd-4

Ahad (Day 8)

Kami baru keluar rumah.Hehhe.

Sekian perkongsian kali ini.Harap bermanafaat ya

(Visited 850 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge