Parenting

Anak dah bersekolah pun masih kencing malam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.Lama sangat dah tak berkongsi.Syawal lepas senyap sunyi.Mana tak nya,saya amat-amat sibuk menguruskan perniagaan yang akhirnya mendapat sambutan mantop dari ibu-ibu dan ejen-ejen amat aktif.Syukur Alhamdulillah.Itu yang saya tak dapat fokus bangun awal-awal pagi untuk menulis.Kebanyakan masa untuk urus order pada hari tu.

Kanak-kanak mengalami masalah tilam basah biasanya disebabkan oleh stress
Ada yang perlu anda ketahui di sebalik kejadian tilam hancing pada kanak-kanak melebihi umur 7 tahun

Sudah masuk sekolah rendah tapi masih kencing malam?

Saya yakin,ramai ibu yang jadi stress bila anaknya terjebak dalam situasi di atas.Jangan risau ye,bukan anak anda seorang yang jadi macam ni.Ramai lagi,ramai pelanggan saya juga begitu.Tapi dalam artikel kali ini saya nak berkongsi rahsia dan dapatan saya mengenai kes tilam hancing pagi-pagi.

Waktu zaman kanak-kanak,saya adalah salah seorang yang mengalami kes ini.Saya nak ceritakan rahsia ini (bukan rahsia lagi dah kan…?) sebab saya nak ibu bapa boleh selami apa yang ada dalam fikiran anak anda.

Sebab saya terjebak dalam kes tilam hancing?

Sewaktu umur 7 tahun,saya tinggal di rumah kampung.Atas bukit,jauh dari rumah lain dan angker habis.Jadi bila saya dah bersekolah,mak suruh saya tidur sendirian di tingkat atas.7 tahun dan tidur sorang di bilik atas?Uissh…ini mendatangkan rasa takut amat.Saya masih kecil.Saya takut hantu.

Setiap malam,waktu dekat nak tidur,saya rasa stress dan anxiety.Jadi bila dah masuk bilik,kita jadi takut.Merasa takut dan stress ni,buatkan saya rasa nak terkencing.Bila saya turun bawah dan ke tandas,saya buang air.Naik saja ke bilik,saya rasa nak kencing lagi.

Anxiety : a feeling of worry,nervousness or unease,typically about something with uncertain outcome

Setiap kali rasa nak terkencing lagi.Saya kencing saja atas tilam.Kuantiti air kencing tak banyak,cuma rasa kejap-kejap saya nak kencing.Diselangi rasa tak boleh tidur dan takut.Habis satu tilam hancing dan bau busuk.Mak saya tak tahu (mungkin tak tahu…),jadi tak adalah kena marah.

Bagaimana ia berakhir?

Bila makteh saya pindah ke rumah kami.Saya dapat seorang kawan tidur di bilik atas juga.Mungkin saya mula rasa tak takut dan selamat bila saya ada peneman.Jadi saya dah tak rasa nak kencing berulang-ulang.Rasa anxiety tu hilang terus dan alhamdulillah,saya dah berhenti basahkan tilam pagi-pagi.

Apa tindakan ibu bapa?

Kalau perkara ini terjadi pada anak anda,mula-mula jangan emosi,tengking atau marah.Urus saja tilam yang hancing dan berbau tu.Bila dah reda,banyakkan bercakap dengan anak tentang perkara-perkara lain.Kepercayaan berbual dengan ibu bapa dapat dibina.

Kemudian perhatikan tanda-tanda stress atau masalah yang anak hadapi.Kenal pasti masalah dan punca stress.Selepas itu sama-samalah anda atasi dan menyelesaikan masalah seperti sebuah keluarga.Insyaallah.

Masalah kencing tilam kanak-kanak bersekolah
Berbaik dengan anak,bukan menghamburkan emosi bila masalah ini terjadi

(Visited 132 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge