Aktiviti bersama anak · Art Activity · Lifestyle

Aktiviti waktu cuti sekolah bulan puasa

Assalamualaikum dan selamat berpuasa semua. Bulan waktu malam hampir penuh. Makin menuju kita ke pertengahan bulan Ramadhan. Aduhai, amalan tak seberapa. Adik beradik, ibu ayah berkunjung ke rumah. Makin meriah. Separuh bulan puasa ni kan cuti sekolah. Jadi kena manafaatkan InsyaAllah.

Berpuasa dan bercuti. Macam satu peluang menghabiskan masa dengan anak-anak. Bila bekerja cuti sekolah ke, mak kerja juga. Tapi bila mak mertua Puan Ros datang, anak-anak bercuti di rumah. Tak pergi sekolah. Temankan tokma mereka. Baru cuti kan namanya.

Buat aktiviti kraft di rumah sahaja

Bila bercuti, sedaya upaya Puan Ros cuba nak habiskan dengan anak-anak. Tapi waktu buat kraft ni, Puan Ros keletihan. Tidur mati agaknya lepas bersih rumah. Jadi ayahnya yang tolong buat. Kali ini mereka buat movable mates bawah seliaan ayahandanya. Puan Ros sambil baring bagitau “ambik gambar..nak masukkan dalam blog..”. Dengan nada letih habis.

Aktiviti DIY waktu cuti-1
Ini gambar craft kit tu. Muka dah tak sabar nak buat.

Isi kandungan dalam kit?

Dalam kit ni dia berikan setiap anggota badan. Si kakak dapat gambar ketam. Kompleks sikit sebab banyak sambungan bahagian ketam ni. Adik dapat dinosour. Siap dengan besi kecil untuk kita buat sambungan. Tapi tak berbahaya untuk kanak-kanak 4 tahun ke atas. Mesti buat bawah seliaan orang yang lebih tua.

aktiviti-diy-waktu-cuti-2
Susun atur dulu semua sticker dan benda-benda dalam kit ni

Sebenarnya, kalau kita beli kit siap-siap. Setiap anggota atau bahagian yang perlu kita sambungkan dah siap dipotong. Anak cuma perlu leraikan keluar. Itu yang mudah. Kanak-kanak boleh buat dan dapat tengok hasil yang cantik dan segera. Itu yang buat mereka teruja. Pelekat glitter dan mata timbul-timbul pun disertakan. Menariklah sangat pada pandangan anak-anak.

aktiviti-diy-waktu-cuti-3
Muka bila siap buat kraft. Bahagia

Siap akhirnya. Anak lelaki Puan Ros ni, dia rasa macam kurang konfiden sikit bila kena buat aktiviti macam ni. Dia suka rasa kakak dia lebih pandai. Kadang-kadang dia cakap “Fateh tak pandai, kakak pandai”. Jadi Puan Ros cubalah naikkan konfiden dia balik. Ke anak nombor dua memang rasa macam tu dengan anak sulong. Memanglah kakak dia pandai dah, sebab dah umur 6 tahun. Dia baru 3.

Aktiviti kedua DIY dengan belon

Masih beraktiviti di rumah. Puasa kan, sanak saudara datang rumah. Jadi Puan Ros dan adik Puan Ros pulak kawal selia aktiviti kali ini. Yang seronok buat aktiviti DIY dengan anak-anak ni, bukan hasilnya. Tapi keletah masa nak siapkan aktiviti itu yang manis. Ada juga drama bergaduh dan merajuk, itu amat biasa.

aktiviti-dengan-anak-di-rumah-1
Berbaloi-baloi beli kraft kit yang ini. Ada 2 jenis.Boleh buat sama-sama dalam satu kit

Kit DIY dengan belon ini agak berpatutan. Harganya sekitar rm4.90. Tapi ada 4 biji patung belon yang kita boleh buat. Ada 2 jenis patung. Jadi dalam kit kami ini ada 2 set lebah dan 2 set rama-rama. Biasalah, si kakak feminin sikit memilih rama-rama. Adik pilih lebah.

Isi kandungan dalam kit belon

Kit belon ini ada 3 benda. Belon, sticker dan cut outs. Yang namanya cut outs ini dah siap-siap separa potong, untuk dibuat sayap lebah dan rama-rama. Sticker akan ditampal pada belon. Tengok gambar di bawah, lebih jelas kan? Segala sticker mata, mulut, garis lebah dan rama-rama ada.

Fateh dah mula melekat sticker. Mata,garis dan semuanya. Adik Puan Ros bantu jugak anak-anak sedara dia ni buat akvititi. Sang kakak masih suka cuba sendiri. Maklumlah dah besar. Sebelah, gambar lebah belon Fateh yang dah siap. Seronok sungguh.

aktiviti-dengan-anak-dirumah-4

Di bawah pula belon kakak yang dah siap. Comelkan kraft kali ini? Geram Puan Ros tengok. Kakak merajuk waktu buat aktiviti ini. Dia cuba buka semula sticker yang dia lekat. Meletup belon. Dia pun berdarama. Aduhai anak. Momen-momen macam ni lah yang saya suka. Nanti dah besar boleh dicerita semula.

Ok, kisah kraft kita di rumah, buat waktu bulan puasa ni,kita hentikan di sini dulu. Semoga bermanafaat. Didoakan dapat idea ya untuk puan-puan beraktiviti di rumah atau di sekolah.
aktiviti-dengan-anak-di-rumah-4

Hadiahkan buat seseorang yang istimewa

 

Sebenarnya Puan Ros suka sangat kanak.kanak buat DIY kraft. Jadi Puan Ros beli banyak dan hadiahkan pada Arwah Syahid bintang syurga, anak kepada Tuan Bazli UNIC. Ada yang kita boleh buat 6 orang, 4 orang dan macam-macam lagi. Puan Ros sangat nak adik Syahid main dengan kawan-kawan bila dah kuat sikit antara selang rawatan beliau. Tapi, Allah amat sayangkan beliau. Pasti Syahid dan bermain, maha nikmat dalam taman syurga. Amin. Ketenangan dan keredhaan buat family Adik Syahid. Dan berita pemergian Shea Rasol jugak, amat sedih Puan Ros rasa. Sungguhpun tak mengenali beliau secara dekat. Alfatihah.

(Visited 63 times, 5 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge