Art Activity · Jalan-jalan · Lifestyle

Aktiviti Seni di PPAS

Sabtu lepas,kami ke PPAS pulangkan buku pinjaman.As usual,memang saya terbabas bab pulang buku on time.Alang-alang hari Sabtu,PPAS memang ada aktiviti untuk kanak-kanak,setiap hari Sabtu pukul 2.30 petang.Cuti sekolah nanti,ha..rancanglah aktiviti kalau nak sertai aktiviti di PPAS,sebab ia PERCUMA!

aktiviti-di-perpustakaan-shah-alam-hari-sabtu-1

Dalam pukul 2.30petang,makin ramai yang mula masuk ke Perpustakaan Kanak-Kanak.Meriah.Sama naik dengan AEON Shah Alam tau.Aktiviti hari tu adalah sempena hari ibu,jadi kraft nya juga sweet gitu,origami beruang pegang hati.Kanak-kanak bawah 12 tahun semua boleh seratai.

aktiviti-di-perpustakaan-shah-alam-hari-sabtu-2

Memang tabah pegawai-pegawai perpustakaan kanak-kanak ni ‘handle’ kanak-kanak punya ramai.Orang utara kata ‘merenyut budak-budak’.Kelengkapan seperti warna,gam dan gunting semua disediakan oleh pihak PPAS.

aktiviti-di-perpustakaan-shah-alam-hari-sabtu-3

Fateh dah umur 2 tahun 5 bulan.Sekarang makin bijak terima arahan,bersosial dan pandai beraktiviti dah.Dia dah masuk nursery.Dia dah mula juga sertai aktiviti macam ni walaupun..mak yang tolong warnakan.

aktiviti-di-perpustakaan-shah-alam-hari-sabtu-4

Kakak pulak makin malu nak sertai aktiviti kumpulan.Kenapa?Tapi dia berjaya habiskan juga.Nak bergambar dengan hasil akhir memang tak sempatlah.Mood anak-anak ke laut.Adalah yang tak kena tu.

aktiviti-di-perpustakaan-shah-alam-hari-sabtu-5

Yang penting malam tu mami dapat kek.Cheese kek.Dek kerana kedai satay kegemaran tutup,ayahanda mereka ni pi beli kfc dan kek hari ibu.Terima kasih semua.Alhamdulillah.

 

(Visited 196 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge