Parenting

Aktiviti Seni Beras di dapur

Ini aktiviti yang kami buat baru-baru ini.Mencarilah saya apa aktiviti nak dibuat untuk anak setiap hari.Jadi dapat idea buat ala-ala sand art gitu.Tapi tak de pasir jadi kita guna beras je.Ini preparation saya sebelum mereka bangun tidur.Setiap magkuk saya isikan dengan beras.Dan titiskan 3-4 pewarna kegemaran dalam setiap mangkuk.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-11

Lepas tu bagi setiap sorang satu botol yang lutsinar dan sudu.Silalah buat ala-ala sand art.Si kakak kita guide dulu untuk 2 layer pertama.Bukan sebab apa,kadang-kadang visi dia tentang projek tak sama.Kalau anda rajin boleh briefing dulu tunjuk apa yang diorang akan hasilkan lagi baik.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-7

Buat aktiviti ni dengan pelapik.Kalau anda ada kolam macam ni suruh diorang buat je dalam tu.Senang nak sapu.Masukkan beras yang bewarna,selapis demi selapis.Cantik jadinya.Si adik briefing pun dia tak faham.So basically,dia akan ikut je apa yang kakak dia buat.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-9

Aktiviti masukkan benda dengan menggunakan sudu ke dalam mangkuk atau botol ni sangat sesuai untuk umur 1-2 tahun.Waktu ini kita sangat merangsang pergerakan motor halus dia.Berlatih pegang dan koordinasikan tangan dia ke mulut botol.Cepat nanti dia pandai makan sendiri.

 

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-3

Ini lah rupa seni beras kita kali ni.Hehehe!Kakak buat dua bekas siap,adik jangan tanya mana dia punya.Dia isi dalam botol,dia tuang.Dia campur-campur warna beras dalam mangkuk.Dia masukkan dalam mulut.Dia lagi sibuk dari kami.Masa diorang buat ni kita boleh menyambil buat kerja.Target anak-anak buat aktiviti,at the same time kita masak 1 lauk ka..ok jugak.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-2

Wajib bersihkan balik apa yang diorang buat ok.Suruh diorang buat sendiri.Sapu sampah balik.Guide mereka.Diorang suka sangat dapat menyapu ni…time ni lah kita bagitau yang setiap kali lepas buat semak kena kemas balik.Masa ni lah nak install good habit pada anak.

Yang paling penting jangan lupa memuji hasil kerja mereka.Guna ayat-ayat teknik nabi untuk galakkan mereka buat dan suka kepada sifat-sifat yang baik.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-5

 

Ni ha..lebihan beras tadi.Saya tak sampai hati nak buang tau.Jadi saya rendam sampai keluar warna dia.Dan saya masak.Dah rupa nasi dagang ke…nasi kerabu bila kami masak.Makan sajalah labu…kang bapak balik,mummy masak lain.

aktiviti-kanak-kanak-4-tahun-6

(Visited 951 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge