Aktiviti bersama anak · Homeschooling

Aktiviti sains minggu ke-2 (Januari)

Aktiviti sains kali ini tajuknya Foaming Fizz.Ambil dari buku kegemaran kami 365 Science Activities.Kali ini kami semua bereksperimen dengan buih.Barang-barang semua yang ada di dapur.Tapi dalam kuantiti yang agak banyak.Anak setuju,aktiviti berjalan.

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-6
Rujuk buku dulu.

Bahan-bahan

1 botol cuka

5-6 Sodium bikarbonat atau serbuk penaik

Setitik pewarna makanan yang digemari

Botol minuman kaca bersaiz sederhana

Sudu

*Serbuk penaik boleh dibeli secara pukal di kedai pembekal bahan baking.Lebih murah dibeli setengah kilo.Seingat saya RM5 sahaja.

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-7
Semua dah ready?

Mula bereksperimen

Masukkan cuka ke dalam mangkuk biasa.Kemudian saya minta anak saya memasukkan serbuk penaik.Lihat keluar buih.Frizzzy..gitu!Explain agar dia faham sikit-sikit.Tak perlu details sangat.

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-3
Frriiizzzy!Suka tengok buih keluar terus.

Langkah kedua lebih seronok.Masukkan cuka sehingga sampai setengah botol.Masukkan pewarna makanan kegemaran anak anda ke dalam botol berisi cuka tadi.

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-4

Kemudian masukkan sesudu serbuk penaik.

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-5

Buih mula keluar.Minta anak anda masukkkan 2-3 sudu serbuk penaik pula.Buih mula keluar melimpah-limpah dari botol.Enjoy the moment.Teruja terus anak-anak saya.Yang umur 2 tahun tu muncung,muka dia terkejut dan teruja.Hehehh!

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-10
Buih melimpah-limpah

Ulang eksperimen untuk kedua-kedua anak merasa bereksperimen.Jika ada lebihan cuka,gunakan untuk jenis botol yang berlainan dengan warna berlainan.Cuba buat serentak pula.Wah!Macam-macam idea.

Si adik berpeluang buat eksperimen.Muka puas hati bila buih-buih keluar.Tengok gelagat dia saja dah terhibur gila hati mak dia.

aktiviti-sains-untuk-kanak-kanak-8

Hari ini anak saya kenal,cuka,pewarna makanan dan sodium bikarbonat.Ceritakan sedikit sebanyak kegunaan bahan-bahan ini.Aktiviti yang sangat seronok.Selamat mencuba.

littlemunas-com-1
Dapatkan keperluan Homeschooling anda di www.littlemunas.com
(Visited 1,052 times, 1 visits today)

3 thoughts on “Aktiviti sains minggu ke-2 (Januari)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge