Homeschooling · Parenting

Aktiviti mini wayang kulit

Aktiviti shadow puppet pada malam tu kami dapat dari buku 365 science activities.Science ‘activities’ ye.Saya tekankan activities kerana ianya lebih ringkas.Bukan ‘experiments’.Jadi aktiviti lebih ringkas dan mudah dilakukan bersama anak-anak kecil.Ibubapa pilih sahaja aktiviti apa yang berkenan.Dan malam itu kami berkenan aktiviti wayang kulit.

image

Mula-mula ambil perhatian anak,saya tunjukkan apa yang kami bakal buat.Dalam buku ni ada satu-persatu arahan ringkas.Saya bagi ‘briefing’ mudah faham untuk mereka.Kemudian saya mula melakar dan siapakan bahan.

image

Siap sudah puppet.Anak saya dah excited sangat nak main.Almaklumlah…ala-ala batman gitu!Letak pulak nama.Sorang dapat satu puppet.Bersedia untuk masuk bilik.

image

Padam lampu dan kakak mula beraksi jadi tok dalang.Anak saya masih kecil.Jadi saya tak lah bercerita pasal fakta cahaya bergerak lurus ke,kelajuan cahaya ke..saya cuma nak mereka main.Jadi malam tu mak terpaksalah melayan jadi batman dewasa(buat suara garau),anak pulak batman kanak (buat suara kecil).

image

Ada bakat rupanya anakku sorang ni.Dah berlakon ala-ala cerita kartun siap.Si adik main 3 minit saja.Lepas tu hilang fokus.Apa-apa pun aktiviti kami memang menyeronokkan malam tu.Tapi seperti biasa,malam tu jugak puppet kami hancus.

image

Buku 365 Science Activities
Belian boleh di buat melalui whatsap/telegram 017 223 5362

 

(Visited 378 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge