Aktiviti bersama anak · Art Activity · Homeschooling

Aktiviti mewarna di rumah di musim cuti

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya masih dalam pantang campak. Masih perlu kuarantin diri sendiri di rumah. Jadi kami buat aktiviti di rumah sahaja. Sebelum mula mewarna kenalah saya laburkan duit beli 2 papan keras saiz a4, beli set watercolor paling murah, 2 berus lukisan paling halus dan kertas lukisan saiz A4 supaya padan dengan papan keras untuk saya lekat lukisan tu. Banyak juga ongkos tu, diharap berbaloi dengan senyuman mereka.

Mula melukis dengan menonton youtube

Maknye tak de lah pandai sangat nak melukis. Saya sama-samalah ajak anak cari cara melukis di youtube. Saya jumpa channel ini > Simple Painting Lessons for Children. Menarik, ringkas dan mudah faham. Ok, lepas anak-anak dapat dah idea apa nak dilukis, kita boleh mula melukis.

Sediakan bahan dan bagi penerangan ringkas

Bahagian ini jangan anda sesekali lupa. Kanak-kanak ni memang kena dipandu, supaya kita dapat capai objektif semaksimum mungkin. Kalau tiada penerangan, dia bukan boleh tahu pun apa kita nak dia buat. Tunjukkan video sekurang-kurangnya dia ada idea ya.

aktiviti-melukis-dirumah-cuti-sekolah-2

Betulkan? Duduk dengan elok. Kami mengadap sliding door buka tingkap dan bagi angin masuk. Rasa macam melukis di luar pula. Ala artis. Lapik melukis, kain buruk, bekas dan bekas air kosong sebagai persediaan tambahan.

Mula melukis dan seterusnya

aktiviti-melukis-dirumah-cuti-sekolah-1

Dah sedia boleh mula melukis. Si kakak faham yang memang kita kena buat lakaran sebelum mula mewarna dengan warna air ni. Tapi adik, suka hati dia saja.

aktiviti-melukis-dirumah-cuti-sekolah-4

15 minit kemudian. Adik dah mula nampak hasil. Hasil hentam keromo. Fokusnya mula hilang dan mula bercampur habis warna. Kesian kakak. Orangnya nak nampak lukisan sempurna. Yela, habis semua warna bercampur-campur. Ini antara cabaran ketara disebabkan perbezaan usia. Tak banyak pun perbezaan sebenarnya =)

aktiviti-melukis-dirumah-cuti-sekolah-5

Alhamdulillah. Siap akhirnya. Saya minta kedua-duanya tunjukkan lukisan masing-masing. Yeay! Seronok bukan main. Muka mereka puas hari dengan pencapaian mereka dapat buat lukisan.

Ok anak-anak, simpan barang lukisan. Cuci berus, bekas air dan simpan kain buruk. Begitulah, sepetang kami beraktiviti di waktu-waktu cuti begini. Sambung semula di artikel akan datang ya.

(Visited 59 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge