Aktiviti bersama anak · Cooking Activity · Homeschooling · Resepi

Aktiviti memasak bersama anak [Resepi Kueh Keria]

Kali ini saya akan ceritakan aktiviti di dapur kami.Bila petang nan indah,free dan rajin,saya akan buat aktiviti bersama anak.Kali ini aktiviti memasak bersama anak saya buat kueh yang berasaskan keledek yg kami beli di kawasan Morib [balik bercuti dari Gold Coast Morib haritu].Saya decide untuk buat kueh keria atau bahasa utaranya coq keria [cucoq keria] yang menjadi kegilaan anak saya sejak akhir-akhir ni.Jangan mengharapkan gambar masakan yang cantik kerana ini bukan blog masakan.Tapi blog aktiviti bersama anak.Tiada shot yang menarik,tapi semuanya adalah realiti seorang mak.Hehehe.

Resepi Kueh Keria (Cucur keria)

Dalam aktiviti ini anak-anak 4 tahun akan belajar meng-uli adunan menjadi seperti cincin.Tetapi anak 1 tahun akan cubit-cubit adunan masuk mulut.Mari bersabar.Hehehe.
Resepi ini saya pilih cara yang paling mudah dari blogĀ mai sepinggan

Bahan-bahan

700 gm ubi keledek
150 gm tepung gandum
1 cawan gula pasir (saya guna gula biasa sahaja)
secubit garam
minyak untuk menggoreng

Cara memasak

1. Rebus keledek hingga empuk.Dan lenyekkan.Keledek cepat empuk dan senang dilenyek menggunakan belakang cawan.Boleh biarkan anak anda melenyek keledek.Tapi dia masih perlukan bantuan anda untuk melenyek semuanya secara sekata.
cucur-keria1
Kakak melenyek,adik usha ja.Geram
2.Campurkan tepung,keledek dan garam.Uli hingga boleh membentuk doh dan tak melekat di tangan.
cucur-keria2
Permainan bermula,adik tengok lagi
3.Bentukkan bulat-bulat,leperkan dan buat lubang di tengah.Atau buat bentuk panjang dan sambungkan menjadi gegelang.Ikut lah anak kita nak buat macamana.Raikan kreativiti mereka.
cucur-keria3
Yang elok tu saya bantu untuk tunjuk contoh

4.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.

5.Masakkan gula pasir dan kacau-kacau sehingga kering.
6.Apabila pekat,angkat dan celupkan cucur keria ke dalam air gula tadi.Angkat keria,toskan dan bila sejuk sedia untuk dihidang.
cucur-keria4
Yang cantik-cantik,saya buatkan.Ermm..ada ke yang cantik?
p/s : Sambungan drama: mungkin aktiviti tadi memakan masa agak lama,by the time proses buat sira untuk cucur keria si adik mula bosan dan keriau-keriau.Gula tak menjadi kering sepenuhnya tetapi ibu berada dalam tekanan untuk menyiapakan kueh ini.Sila jangan gelak melihat rupa paras cucoq keria kami.Ini lah realiti ibu-ibu dirumah.Tak menyempat nak habiskan kerja.Bila mood anak berubah,kalut-kalut semuanya.
Jom tengok rupa paras kueh keria versi anak mengamuk dah.
cucur-keria5
Hasil bila gula tak kering

Cantik ke tak cantik..yang penting kualiti masa dan pelajaran yang anda kongsikan bersama mereka tadi.Kaum bapa sila habiskan kueh yang tak berapa menjadi dari segi rupa.Tapi sedap amat dari segi rasa.

Sekian.Didoakan anak-anak kita menjadi generasi soleh-solehah.Amin

 

 

 

ikea-personnal-shopper-shah-alam

(Visited 320 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge