Aktiviti bersama anak · Cooking Activity · Homeschooling · Resepi

Aktiviti masak biskut bersama anak

Daripada mereput di rumah hari Ahad,pukul 3.30 petang kami buat aktiviti memasak biskut.Kali ini,aktviti memasak biskut memberi satu keterujaan baru buat anak kedua saya yang berusia 2 tahun.Sebelum ini dia tidak pernah ikut serta sebab dia kecil sangat untuk faham bab memasak ni.Kali ini cukup umur 2 tahun dan dia sudah faham dan minat.Jom tengok aktiviti kami.

Biskut Nestum Kanak-Kanak

Resepi hentam kerana obkejtif utama adalah beraktiviti,bukan makan sedap.2 biji telur + gula perang +gula putih +marjerin adela +serbuk koko.Kalau tak de,gantikan dengan milo.Kami pukul sampai kembang.Kembang tekak mak jugak.Semua dia nak buat.Nak pegang mixer.Kakak masukkan marjerin mengikut sukatan.

 

biskut-kanak-kanak-1
Fateh sungguh serius!

Lepas tu masukkan tepung gandum,sodium bikarbonat,garam secubit dan nestum.Pukul adunan sehingga mencapai konsitensi adunan biskut.Lagu mana pun tak pa…

biskut-kanak-kanak-5

Oven dah dipanaskan semasa kami mula buat adunan.Adunan siap.Macam ni memasak bersama anak.Adunan dah kena ngap dulu sebelum dibentuk.Saya beritahu anak saya,buat bulat-bulat macam cookie.Tunjuk contoh pada si hero ni.

biskut-kanak-kanak-3

Dia bentukkan cookie dan letak dalam dulang yang dileserkan oleh kakak dengan marjerin.Dia tekan dengan garfu.Semua ni kita kena tunjuk contoh,selia dan gelak-gelak.Seronok tau.

biskut-kanak-kanak-4

Hasil biskut anak bujang.Memang untuk main saja.Selesai memasak dan biskut tersedia,jangan lupa memuji hasil kerja mereka.Makan bersama biskut mereka,katakan sedap.Simpan sedikit untuk ayah mereka rasa dan nikmati saat-saat kebanggaan mereka menghasilkan sesuatu.

Kenapa aktiviti memasak bagus kanak-kanak?

Aktiviti memasak adalah aktiviti yang bagus untuk membentuk disiplin diri dan keyakinan.Biarpun kerja-kerja memasak akan mengambil sedikit masa dan dapur menjadi agak kotor namun ia boleh mengelakkan anak dari memberi tumpuan pada gajet dan memberinya ruang untuk menjadi lebih kreatif.

Sumber : 30 Aktiviti bermain sambil belajar,Majalah Pa&Ma (Disember 2015)

biskut-kanak-kanak-7

Sekian,selamat mencuba

 

 

 

ikea-personnal-shopper-shah-alam

(Visited 495 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge