Parenting

Aktiviti Kraft Kanak-Kanak

Kitchen Paper Roll Binocular

DIY binocular
DIY binocular

2 bulan menyimpan untuk dapat 4 roll kitchen paper.Fikir dan fikir,belek-belek pinterest,akhirnya saya buat binocular untuk anak-anak saya.Seorang akan dapat 1 set.Aktiviti ni memang amat mudah.Kalau saya tak buat explaination di bawah pun tuan puan tahu nak buat.

Apa yang paling penting adalah waktu kita bersama anak itu.Waktu yang kita korbankan untuk sama-sama beraktiviti dengan mereka.Our presence is more important than our present.Waktu yang kita sama-sama mewarna.Buat projek.Waktu mendidik dan mengasuh.Oklah..maaf terbawa-bawa dengan emosi

Kita tengok bahan-bahan yang memang amat mudah nak dibuat ye.Iaitu;

2 roll kitchen paper terbuang

masking tape

penebuk lubang

tali lembut

water color untuk hiasan

Baha-bahan.Ada yang dah sedia kat tepi tu..

Cara buat dia mudah saja.Tengok sekali pun dah tahu buat macamana kan?

1.Ikat kan kedua-dua litchen paper roll tadi menggunakan making tape

2.Tebuk lubang untuk dimasukkan tali

3.Masukkan tali dan buat seperti rantai untuk binocular tadi

4.Hiaskan dengan mewarna binocular anda

Kakak memang suka bab mewarna ni
Kakak memang suka bab mewarna ni

Dah siap akhirnya.Yang adik saya warna kan ala-ala baju askar.Jadi ke tidak?Kena beli water color buncho.Baru berbaloi.Water color yang kami guna ni nyawa-nyawa ikan.

Kakak terus main petang tu.Kami ke taman permainan.Akak terus buat aktiviti ‘bird watching’.Ewah!Mana ada burung dia teropong.Adik?Esoknya baru nak faham konsep binocular.Baru dia main.Ok.Selamat mencuba

Contoh binocular yang dah siap.

Contoh binocular yang dah siap.

 

(Visited 579 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge