Lifestyle

Aktiviti kanak-kanak murah dan awesome!

Kegembiraan Anak-Anak

Antara aktiviti yang dapat melekakan anak-anak 1 tahun ke atas adalah main bedak.Siapa yang tak suk sepahkan sikit bedak di lantai,lepas tu main tepuk-tepuk sikit.Bedak sikit-sikit memang tak susah nak cuci pun.Alkisah semalam saya nak bersolat.Anak saya yang setahun datang dan mula merengek-rengek.Lepas tu saya tabur sedikit bedak di lantai untuk lekakan dia sementara saya bersolat.Its ok..selalu jugak saya buat..senang je nak cuci.

Lain dari semalam …cerita lain terjadi.Si kakak datang dan mencurah-curah bedak banyak sangat.Di curahnya atas lantai tadi.Tak de belas kasihan.Lepas mereka main macam ala-ala salji.Si kakak main macam roller blade.Adik main pusing-pusing.Gembira bukan kepalang.Muka anak saya pada masa tu memang sangat suka,asyik,gembira…dan priceless.Especially yang kecil tu.

Mulanya jadi teruk macam ni bila kakak masuk campoq
Mulanya jadi teruk macam ni bila kakak masuk campoq

 

Kakak mula buat lukisan,jalan keretapi dan footprint
Kakak mula buat lukisan,jalan keretapi dan footprint
Adik tengah bahagia.Mula golek dan menari balet
Adik tengah bahagia.Mula golek dan menari balet
Main,main dan main.Happy3
Main,main dan main.Happy3

Saya tak marah.Saya senyum sebab saya tersaaangat menikmati moment tu bila saya tengok anak saya gembira bukan kepalang.Sebab terserlah kebahgiaan anak saya yang nombor 2 tu bila dia main bedak.Tergolek-golek macam tepung gomak.Siap mereka buat macam kupu-kupu atas salji.Saya menumpang kegembiraan zaman kanak-kanak mereka.Terharu.

Ini puas hati si adik
Ini puas hati si adik

Play Idea

Lepas terjadinya insiden ni,saya sedar yang aktiviti main bedak bukan sekadar play idea biasa.Sesuai untuk kanak-kanak setahun dengan kuantiti yang kecil.Mereka akan main,tepuk,tempek di muka dan lukis-lukis guna jari.Untuk yang lebih tua misalnya kanak-kanak 2-3 tahun boleh diberi dengan amount yang lebih banyak.Syaratnya anda mesti bermain di persekitaran terkawal.Misalnya di atas ponco atau dalam kolam renang yang kecil tu.

Tip supaya rumah tak semak bila bermain

Tip saya,bila bermain sesuatu yang agak ‘messy’ ibu mesti ada back up plan bagaimana ┬ának bersihkan ‘the mess’ dengan mudah.Selalunya saya bagi anak main dalam kolam macam ni.Lepas mereka main,saya akan minta si kakak kemas selepas mereka main.Kerana,mereka mesti bertanggungjawab sama-sama untuk memastikan rumah bersih.Selepas tu saya akan angkat sahaja kolam dan tuang lah sampah sarap ke dalam tong.[Fuh!Saya memang efficient sekarang.Selepas saya hadir ke seminar efficient Puan Husna Haron.]

Gunakan kolam sebegini untuk lapik
Gunakan kolam sebegini untuk lapik
(Visited 599 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge