Parenting

Aktiviti penapis air dan pipe cleaner

Aktiviti murah dan awesome untuk kanak-kanak

Assalamualaikum.Lama dah saya terbaca blog Puan Adlil Rajhah mengenai mainan yang meningkatkan fine motor skill untuk anak-anak.Kali ini saya cuba untuk anak saya yang berusia setahun setengah.Murah ke aktiviti ni?Murah sangat.Beli ‘pipe cleaner’ di kedai buku atau kedai craft hanya RM5+ untuk 20 batang.Lepas tu penapis sayur banyak-banyak di rumah tu..guna lah mana yang suka.

xx
Khusyuk main

Asalnya saya nak berkira-kira nak latih fine motor skill anak kedua yang berumur setahun lebih tu.Tapi rupanya aktiviti ini tak terhalang dengan umur.Si kakak yang berumur 4 tahun join sekali.Mula-mula saya tunjukkkan pipe cleaner dan colander tu.Kena cucuk-cucuk ye anak-anak.Diorang mula seronok.Tapi si adik masih belum mahir mencucuk lagi.Si kakak mula mencucuk habis-habisan.Dan berlaku aktiviti ‘perebutan’ penapis sayur…tak pernah-pernah orang nak berebut penapis sayur oiii!Hehehe!

aktiviti-kanak-kanak-murah-3
Penapis untuk adik

Selepas tu si adik hanya kutip-kutip pipe cleaner dan masukkan dalam penapis.Pun dia dah seronok.Kakak pulak asyik sangat cucuk-cucuk penapis tu.Rupa-rupanya,Subhanallah.Dasyatnya sel-sel otak mereka berkembang,imaginasi berkembanglagi .Dia mula mereka-reka imej rupanya.Dia buat orang senyum,orang ada janggut,rama-rama.Semuanya dia berimaginasi sendiri.Ini antara gambarnya.The point is,tanpa kita sedari…mereka sudah ada skill berimaginasi dan kreatif.

Buat orang,smile
Buat orang,smile
Butterfly,katanya
Butterfly,katanya

Dan dia lupa TV serta boleh main,petang..sambung ke malam dan sambung petang esoknya pulak.Sungguh saya tak sangka perkembangan usia 4 tahun sudah masuk fasa imaginasi rupanya.Maaf saya cetek ilmu.Mak join jugalah..suruh anak buat octopus.Hehhe!

Play and learn
Play and learn

Bila anak tunjukkan apa dia buat kepada kita,sokong.Katakan..”Cantiknya..pandai kakak buat”.Bagi galakkan. Memang dia akan lebih yakin berimaginasi lagi.Tepuk tangan untuk dia.Hargai hasil seni dia.Esok malam,kami masih bermain aktiviti yang sama (habis dah seronok sangat kan..).Si adik mula ambil pipe cleaner,dia tahu fine motor skill dia memang belum sampai tahap masuk ke lubang-lubang kecil tu,dimasukkannya dalam lubang besar penapis tu(Tempat yang digunakan untuk sangkut penapis).Nampaknya sel-sel otak berhubung mencari alternatif.Dia melatih diri sendiri masukkan dalam lubang besar =)

Tangan si gebu
Tangan si gebu

Akhir kata..kita kembalikan semua puji-pujian kepada Allah s.w.t.Hebatnya penciptaan manusia,ketika kanak-kanak sel-sel otak mereka dapat meresap seperti span dan berkembang ber-trillion-trillion.Perkataan ‘sel-sel otak berhubung’ macam dalam iklan susu tu…betul-betul saya saksikan.Saya tidak memuji anak sendiri,tetapi memuji Penciptanya.Kanak-kanak lain jauh lebih bijak dan mempuyai banyak keistimewaan masing-masing.Alhamdulillah!

Contoh pipe cleaner
Contoh pipe cleaner

 

(Visited 565 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge