Parenting

Aktiviti cuti sekolah-main buih sabun

Sempena cuti sekolah,kita pun bertemakan cuti sekolah jugak.Padahal dua-dua anak saya ni belum pun bersekolah.Aktiviti kali ini adalah main buih sabun.Kali ni agak complicated sebab menggunakan mixer.Kalau sayang mixer jangan guna.Mixer saya ni murah saja.

Apa yang diperlukan?

1-Mixer

2-sabun pencuci pinggan

3-pewarna

main-buih-sabun-1

Cara-cara

Masukkan 1 cawan kecil air,pencuci pinggan dan pewarna di dalam bekas.Dan pukul sehingga ‘fluffy’ macam ni…

main-buih-sabun-4
Percubaan pertama

main-buih-sabun-6

Percubaan kedua makin gebu.Kalau rasa kekok,cuba 2-3 kali.Ini benda yang memang kita tak pernah jangka dan buat.Memang agak kekok.Saya pun tengok di pinterest.

main-buih-sabun-5

Masukkan dalam besen.Terus buat keputusan,nak main buih di mana,dapur atau bilik air.Ini nak mengurangkan kadar tekanan darah ibu bila mereka selesai bermain nanti.Hehehe!

main-buih-sabun-3

Masukkan lagi 1 warna berlainan.Sebaiknya warna kontra.Anak-anak mula tak sabar nak main.Jenuh bagitau..tunggu!ada 1 lagi warna belum siap…dia dah tak sabar nak kacau buih tu.

main-buih-sabun-2

Bila dah campur nampak sangat lawa.Macam aiskrim rainbow =)

(Visited 450 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Aktiviti cuti sekolah-main buih sabun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge