Parenting

Aktiviti cuti sekolah 2015

Masih berbaki lagi seminggu cuti sekolah 2015.Mungkin minggu pertama cuti sekolah ni kita dah selesaikan kenduri,balik kampung ataupun bercuti.Aktiviti apa pula nak buat lepas ni semasa cuti sekolah.Sebagai ibu bapa kita mahukan aktiviti membina…tapi kita maisih berhati-hati jangan sampai bocor poket mak..

Aktiviti kraft-VEHICLE PUPPET
Aktiviti kraft-VEHICLE PUPPET

Aktiviti cuti sekolah untuk kanak-kanak

Saya Roslina nak melaporkan suasana di PPAS,Shah Alam semalam memang ramai dan havoc.Saya tak pernah ye..jumpa library penuh kanak-kanak macam ni.

Masing-masing dengan aktiviti sendiri
Masing-masing dengan aktiviti sendiri

Basically setiap hari ada aktiviti yang disediakan oleh pihak PPAS.Antara aktiviti wajib setiap hari adalah,menjelajah perpustakaan,tayangan video dan xbox.Aktiviti kraft pula diakan percuma.Kalau nak dihantar ke playgroup,mungkin kita dikenakan yuran serendah RM20/per sesi.Tapi di sini-FOC.Jom kita tengok aktiviti dulu bila kita melangkah masuk.

Aktiviti kami semalam.Boleh semak aktiviti sepanjang cuti sekolah di website PPAS
Ramai oh ramai
Ramai oh ramai

Kami sampai pukul 11pagi semalam.Lepas tu ada tayangan video.Aktiviti jelajah RATU ke bahagian-bahagian lain kami tak sempat sertai.Jadi anak saya yang tak pandai membaca ni tengok video lah.Ahli rombongan Cik Kiah yang pandai membaca buat projek nilam.Baca buku…fe-feeling buat homework bawah pokok.

Banyaklah buku dia baca...
Banyaklah buku dia baca…

Kalau jemu diorang mainlah apa-apa pun.Macam-macam aktiviti bebas.Boleh guna komputer,baca buku.Tapi si kecil ni..aktiviti bebas sungguh.Dia berjaaaalan ja!Mak letih.

Dia cuba nak jadi buku kat rak.Hahahhaha!
Dia cuba nak jadi buku kat rak.Hahahhaha!

Bila perut berkeroncong kami isi di kantin PPAS.Harga ala-ala ┬ástudent price gitu.Kalau nak lepak-lepak ada restoren frozen yogourt TUTI FRUITY.Lepas zohor kami sambung aktiviti kraft.Tajuk,VEHICLE PUPPET di Activity Room.Mana-mana yang nak sertai boleh daftar sahaja secara percuma di kaunter.Mana yang tak berminat ada aktiviti ‘story-telling’ di pentas.Jom kita tengok aktiviti kraft ni.

Di bilik aktiviti.Tunggu aktiviti bermula
Di bilik aktiviti.Tunggu aktiviti bermula
Anakku yang gigih.Suka betul dengan aktiviti
Anakku yang gigih.Suka betul dengan aktiviti
Ahli rombongan Cik Kiah.Hehhehe
Ahli rombongan Cik Kiah.Hehhehe

Inilah vehicle puppet.Potong bentuk bukit di kertas yang lain.Kemudian kenderaan diwarna dan di lekatkan straw.Jadi anda boleh gerakkan kenderaan tu naik dan turun bukit macam ‘puppet’.

perpustakaan_shah_alam_12
Vehicle puppet

Ini pula pemain dan penonton xbox.Siapa nak main kena queue lagi,sebab ramai yang suka.Sorang bayar 50sen.Hehehhe.

Xbox ni..kalau hari tak ramai orang.Saya memang suka main
Xbox ni..kalau hari tak ramai orang.Saya memang suka main.

Ok.Setakat ini dulu.Saya harap anda ada idea sedikit sebanyak untuk aktiviti cuti sekolah anak anda minggu depan.Tak rugi bawa ke perpustakaan.Bawa dari kecil dan biar dia rasa perpustakaan dan buku sangat seronok.Insyaallah terbawa habit sampai ke besar.Sekian =)

(Visited 426 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge