Aktiviti bersama anak · Cooking Activity · Homeschooling · Kelas dan seminar

Aktiviti Chef Cilik,Cuti Sekolah

Assalamualaikum,Ahad lepas kami menyertai aktiviti Chef Cilik di Butik About Umi&Baby (AUB).Seronok sangat.Ibu-ibu yang bersemangat homeschooling macam saya memang tak lepaskan peluang ni.Sebab masa ni lah anak-anak boleh berjumpa dengan kawan-kawan yang ramai dan pebagai.Serta belajar dari guru berlainan.Jooom zoom in!

aktiviti-chef-cilik-2016-1

Akttiviti Chef Cilik kali ni disertai seramai lebih kurang 15 orang.Belajar membuat 2 menu iaitu sandwich dan air coklat sejuk ala hipster tu.

aktiviti-chef-cilik-2016-4

Kelas bermula dengan menu sandwich.Semua dah dapat telur 2 biji seorang.Chef cilik di ketuai oleh Chef Pendekar kita~Encik Hafiz.

aktiviti-chef-cilik-2016-8

Kalau beraktiviti dengan kanak-kanak ni memang perlukan ramai pembantu.Kalau ibu-ibu boleh stay dan bantu sekali anak,sangat-sangatlah bagus.

aktiviti-chef-cilik-2016-6

Setelah siap sandwich masing-masing.Semua boleh makan dan bekalkan untuk dibawa pulang.boleh kongsi hasil kerja mereka dengan ibu ayah atau adik beradik yang lain.Ini gadis-gadis Puan Nuha,Moms Basic,Saujana Utama.

aktiviti-chef-cilik-2016-3

Cikgu Shahirah dan terunanya =) siap satu pek sandwich.Lepas tu kami kemas dan teruskan lagi dengan aktiviti membuat air coklat sejuk.Adik beradik ni,memang pandai bergaya.Air coklat dibekalkan untuk bawa pulang.Pantas dan pandai sangat adik-adik ni buat sandwich.Bila ditanya “memang selalu buat sandwich di rumah ke?”. “Tak pernah” katanya…Tapi cekap dan cepat tangkap serta tangkas beraksi buat sandwich.Tahniah adik-adik dan ibu bapanya =)

aktiviti-chef-cilik-2016-7

Akhir sekali kita bergambar dengan pek sandwich masing-masing.Air coklat kegemaran.And saya CHEESEEE!

aktiviti-chef-cilik-2016-9

ABOUT UMI & BABY adalah butik penyusuan kanak-kanak yang aktif mengadakan kelas chef cilik ketika musim cuti sekolah.SMS Puan Nur untuk dapatkan update kelas seterusnya 017 9829 411

Klik di sini untuk ke Facebook About Umi&Baby

(Visited 240 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Aktiviti Chef Cilik,Cuti Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge