Bedah Buku · Homeschooling · Lifestyle

Ajar anak mengenai hadith

Buku 70 Hadis:Mudah Hafal,Mudah Amal

Buku 70 Hadis:Mudah Hafal,Mudah Amal ini memang ada dalam mini-library dalam bilik tidur kami.Anak saya tengok je buku ni dia dah suka.Sebab berwarna warna.Comel tau,grafik-grafik dalamnya.Gambar comel,mesra kanak-kanak.Sebut mengenai hadis.Jangan anda fikir macam hadis-hadis yang orang dewasa baca.Hadithnya mudah dan ringkas untuk tahap pemikiran anak-anak kita.

buku-70-Hadis-mudah-hafal-amal-1
Tengok cover depan pun dah comel kan?

Tengok anak saya,sayalah yang kena bacakan untuk dia.Kami mula membaca ketika dia berumur 4 tahun.Mungkin dia belum faham.Tunjuk sahaja gambar dan olah lah cerita yang baik-baik mengenai gambar tu.

buku-70-Hadis-mudah-hafal-amal-3
Tunjuk gambar dan bercerita.Mulakan dengan gambar-gambar ringkas.

Tapi yang saya paling suka adalah part,EJA,SEBUT,HAFAL DAN AMAL pada setiap hadith seperti di bawah ni.Sebab anak saya dah baca al furqan.Jadi dapatlah dia eja atau sebut perkataan-perkataan mudah tu.Pada waktu yang sama,macam ulangkaji bacaan al quran dia.

buku-70-Hadis-mudah-hafal-amal-2
Tengok tu..huruf dari hadith tadi di bahagi-bahagikan untuk young reader macam anak saya membaca

Ini contoh hadith-hadithnya.Menyayangi sesama makhluk.Memang ini akan kita ajarkan kepada anak kan.Alangkah manisnya bersandar kepada hadith.Lukisan pun comel.Saya pun ceritalah pasal kucing,kenapa kita kena sayang…seronok tau.

Hadith yang mudah.
Hadith yang mudah.

Lihat ini pula,sebarkan salam.Memang dan tentu sudah kita ajar anak kita beri salam.Kepada siapa kita kena salam.Saya bercerita ini ikut tahap umur masing-masing.Anak saya 4 tahun.Baru nak mula memahami.Yang dah umur 7-8 tahun mungkin dah boleh gunakan jadual hafalan dan semakan di bahagian bawah,kanan tu.Siap ada ruangan tandatangan ibu bapa lagi.

buku-70-Hadis-mudah-hafal-amal-5
Indahnya mengajar benda basic bersandarkan hadith

Sengaja saya kongsikan sebab saya rasa buku ni memang bagus.Tak pernah terfikir saya nak ajar sendiri hadith kepada anak.Seringkas mana pun hadis itu.Tapi buku ini buat saya boleh ajar hadis kepada anak dan menerapkan nilai baik,kenal Rasulullah dan banyak lagi.Sekian dari saya…cuma satu moto saya; ibu guru pertama anak-anak.

Harga buku ni RM25, PTS Bookcafe ada beri diskaun sekarang.RM22.50 sahaja

pts-book-cafe-1
Beli dengan harga diskaun PTS di sini

(Visited 416 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge