Aktiviti bersama anak · Interesting Places · Outdoor HS

Satu jam di Air Terjun Sungai Pisang,Gombak

1 jam saja ye.Sebab memang tak beriya nak picknik dengan makanan dan bekal bagai.Cuma nak santai-santai sejam dengan anak-anak.Bagi diorang rasa hutan,air terjun dan alam.

Ini map saya sertakan untuk rujukan.Mesti anda nak tahu kan..jauh ke..tak ke.Kalau dari UIA Gombak dalam 15minit je.Adik saya pergi dengan kawan-kawan naik skuter je sebelum ni.So tak lah begitu jauh.Map ni pinjam dari website chalet berdekatan.

sungai-pisang-gombak-4
Kredit website :http://kemsedayu.com/

Sebenarnya nak ke air terjun Sungai Pisang ni memang kena trekking dalam setengah jam.Lalu bawah terowong lebuh raya Karak.Macam ni.

sungai-pisang-gombak-3
Kredit blog :http://budakletrik.blogspot.my/

Forget it,kami cuma bawa 2 anak kecik.Kita rendam punggung ja lah di bawah.Untuk pengetahuan anda,inilah Air Terjun Sungai Pisang,Gombak.

sungai-pisang-gombak-5
Kredit blog :http://menara-kehidupan.blogspot.my/

Kalau bawa anak,seeloknya bagi mereka kenyang dulu,dekat-dekat kampung sekitar gombak ni banyak kedai makan.Lagi elok masak dan bekalkan sendiri.Sebab di sungai pisang nanti memang tak de kedai makan,hatta jual air sekalipun.Mohon sediakan bekal anak-anak.

sungai-pisang-gombak-2

Anda akan sampai ke penghujung jalan.Disitu ada orang yang akan jaga parking.Mereka akan beritahu rate parking pada anda.Bawah RM5 macam tu.Lepas tu,sila intai-intai bawah carilah port yang sesuai dengan kanak-kanak.

Ini pula kami,sekadar berpiknik di pinggiran.Insyaallah selamat untuk kanak-kanak bawah 7 tahun tau,kawasannya cetek.Anak berdiri atau duduk tak de masalah.

sungai-pisang-gombak-1

Ok kan?Untuk kanak-kanak bawah 7 tahun memang Ok sangat.Mak terpaksa tangguhkan ‘jiwa adventure’ mak ni lagi 10 tahun nampaknya sampai mereka besar sikit.Sekarang ni saya delup-celup kaki je lah.

sungai-pisang-gombak-6

Oh ya..bab salin baju.Salin di tempat yang disediakan masa kita bayar tu.Husband saya memang tak salin baju.Anak-anak je.Saya pun tak menyalin…dah celup-celup kaki je.

OK,bolehla kan..bawa anak-anak jalan-jalan =)

 

(Visited 604 times, 1 visits today)

2 thoughts on “Satu jam di Air Terjun Sungai Pisang,Gombak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge