Produk

9 Soalan yang selalu ditanya mengenai cadar kalis air

Assalamualaikum.2 minggu kebelakangan ini saya sibuk sehingga tidak berkesempatan menulis. Sampaikan saya ketinggalan menulis sehingga 4 artikel. Urusan bungkus,pos dan menambah stok cadar kalis air terpaksa saya uruskan semuanya sekali.Kerana sahabat saya yang selalu membantu saya dalam urusan itu,terpaksa menumpukan perhatian kepada anaknya yang sakit.

Cadar kalis air pun semakin mendapat perhatian kerana minggu lepas masuk Sinar Harian. Jadi sudah semakin ramai orang tahu yang cadar kalis air ni ada dijual secara online mahupun offline. Apa yang saya boleh bantu?Saya boleh bantu anda menjawab 11 soalan yang selalu ditanya oleh pelanggan. Supaya anda dapat membuat pertimbangan dari pelbagai sudu  belum membeli.

Soalan yang selalu ditanya mengenai cadar kalis air

 

1.Boleh saya tahu apa material pelapik tilam kalis air ini?

Bahagian atas pelapik ini dibuat daripada material cotton. Agak lembut ala-ala baldu sikit.Manakala bahagian bawahnya dari material kalis air TPU.Kedua-dua material ini di laminate bersama. Jadi anda dapat material jenis sejuk di bahagian atas dan jenis kalis air di bahagian bawah.   11-soalan-mengenai-cadar-kalis-air-1

2.Cadar kalis air ini tutup seluruh tilamkah?

Ya. Pelapik ini menutupi seluruh bahagian atas tilam anda.Disetiap penjuru tilam ada terdapat getah yang boleh disangkut pada setiap penjuru. Bila anak anda tidur,pelapik tilam ini tak bergerak-gerak dan kekal pada tempatnya  11-soalan-mengenai-cadar-kalis-air-2

3.Panas tak cadar kalis air ini?

Tidak panas Puan. Ramai yang ingat ianya daripada getah atau plastik dan fikir ia panas.Tapi fabrik atasnya jenis tak panas. Di bawahnya baru plastik a.k.a TPU kalis air Alas tilam kalis air bercorak jalur

4.Kalau tidur berbunyi-bunyi tak plastik di bawah tu?

Tidak berbunyi. Ianya melekat pada material diatas. Tidak berbunyi seperti tidur di atas lapik meja  11-soalan-mengenai-cadar-kalis-air-3

5.Boleh terangkan bagaimana nak basuh?

Seeloknya puan gunakan cucian tangan untuk menjaga material TPU (kalis air) di belakang cadar ini. Cara-cara membasuh bila alas tilam basah dek kencing

  1. Rendam sebentar dengan sedikit sabun
  2. Bilas dan perah
  3. Sidai di ampaian seperti biasa. Disebabkan cadar ini tidak berat dan kalis air.Ianya cepat kering. Sidai waktu pagi, sudah boleh diangkat pada waktu tengahari
6.Boleh basuh pakai mesin tak?

Tidak digalakkan. Kalau nak juga guna mesin,basuh bersama selimut atau kain-kain lain. Tujuannya supaya cadar kalis air ni ni tidak di ‘spin’ dengan keras sampai rosak material ‘waterproof’nya

7.Pelapik tilam ni sekali dengan sarung bantal ke?

Tidak puan. Cuma cadar kalis air sahaja

8.Berapa pilihan saiz dan corak?

Ada 3 plihan saiz : SINGLE,QUEEN dan KING. Setiap saiz muat menutup seluruh permukaan tilam anda.

9.Saya lebih yakin untuk beli secara offline.Di mana saya boleh dapatkan ye kalau saya tak tinggal di Selangor?

Tak de masalah puan.Hubungi pengedar-pengedar yang berhampiran dengan tempat puan  di sini >> artikel cadar kalis air

Sekian,harap menjawab persoalan yang selalu bermain di minda rakan-rakan sebelum membeli ye

(Visited 230 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge