Aktiviti bersama anak

6 Alat bantu mengajar anak membaca

Penutup Kelas Membaca di Saujana Utama berlangsung beberapa minggu yang lepas.Saya baru nak update.Malam tu pengetua,Puan Siti Sarah buat sedikit jamuan ringkas dan penyampaian hadiah.Dua orang yang dapat menguasai bacaan selepas menghadiri kelas membaca.Kalau anda nak baca 2 entry sebelum ini mengenai kelas membaca,klik di sini >> KELAS MEMBACA DI SAUJANA UTAMA

Ini gambar pengetua post di Facebook beliau.Tengok Noura senyum gembira.Yang cikgu kecil molek tu Cikgu Qaseh.Memang seorang guru khas di tadika untuk ‘reading’.Dia cikgu yang kepakaran khas di tadika beliau mengajar untuk melatih kanak-kanak membaca.Baru saya tahu,lepas selalu berbual-bual dengan Cikgu Qaseh.

alat-bantu-mengajar-membaca-2

Hampir setiap kali kelas saya akan berada sekali di kelas.Sebab rumah saya jauh,tak mungkin saya drop and pick up.Jadi saya join kelas dan sambil jaga anak.Sepanjang pemerhatian saya selama 3 bulan,sekarang saya mahu berkongsi dengan semua apa alat bantu mengajar yang Cikgu Qaseh dan guru-guru tadika guna dalam membantu proses ajar anak membaca.

Tujuan saya berkongsi adalah supaya kita semua dapat idea apa teknik-teknik atau keistimewaan seseorang bila mengajar membaca.Bukan semua guru sama,jadi kita tengok apa yang Cikgu Qaseh guna.

Alat bantu mengajar membaca guru tadika

1-Set buku bacalah anakku

Yang baju merah tu..si adik baru setahun jagung tapi nak jugak join kelas.Hahhaha
Yang baju merah tu..si adik baru setahun jagung tapi nak jugak join kelas.Hahhaha

Ada 8 tahap atau 8 buku mengikut tahap membaca.Kaedah bacalah anakku ini menggunakan kaedah phonic.Mula dengan baca huruf-huruf a,i,u dan seterusnya.Untuk huruf konsonan pula,mula dengan huruf ‘b’,m.Huruf yang mula-mula disebut kanak-kanak.Ini buku 1,masa kami mula-mula masuk kelas.

set-membaca-bacalah-anakku-1

Jika nak lihat lebih lanjut produk set membaca anakku,klik di sini >>Buku Bacalah Anakku

2- Flashcard Suku Kata kelas-membaca-bulan-ke-2-1

Bila murid-murid dah mula menguasai suku kata,memang cikgu guna flashcard ni.Takkan nak ngadap buku je kan.Masa cikgu guna flashcard ni,dia akan beri murid main.Contohnya cari mana ga,ba,la.

Bila murid dah mengusai banyak suku kata,cikgu akan sambung-sambungkan suku kata menjadi perkataan sperti batu,lagu,nasi dan lain-lain.Mereka akan mula berlatih gabungan suku kata.Kalau betul cikgu buat hi-5.

flashcard-suku-kata-1

Gambar depan kotak kad imbas suku kata,RM13.90 sahaja.Nak lihat isi di dalam? KLIK DI SINI >>KAD IMBAS SUKU KATA

3-Flashcard tulis dan padam

Selain itu cikgu juga guna flashcard tulis dan padam.Sebab mereka dah 4-6 tahun,jadi terus berlatih dua-dua skill ni sekali.

Ini kad imbas tulis dan padam.Bila belajar huruf,terus boleh menulis di atasnya.Warna menarik dan kertas tu tebal.Boleh lihat produk dan harga lebih lanjut di sini >> FLASH CARD TULIS DAN PADAM

 

OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

4-Bola untuk baling dan ingat

Satu malam,saya tengok cikgu ambil bola lembut.Diberi pada seorang murid.Murid kemudian menyebut ‘beh’ atau ‘b’ dalam kaedah phonic sambil membaling bola itu.Banyak kali murid itu buat.Saya tanya cikgu,kenapa buat macam tu banyak kali.Katanya murid senang nak ingat konsonan ‘b’ sambil baling.Dia akan ingat perlakuan dia membaling dan konsonan tersebut.

5- Lagu VCD Abu Ada Ayam

Lupa saya nak nyatakan di atas.kalau ada pelajar yang baru nak mula mendaftar kelas membaca,mesti mula-mula cikgu akan pasang lagu abu ada ayam.Lepas tu sama-sama menyanyi.Ini lagu phonic untuk kanak-kanak senang mengingat bunyi phonic.Mana nak beli? Klik di sini >> VCD ABU ADA AYAM

 

 

6-Alphabet Puzzle Card

Yang ini memang selalu ada di kelas.Cikgu bagi murid main semasa mereka kena ulangkaji sendiri.Sementara cikgu mengajar murid-murid lain.Mungkin dengan sentuhan huruf secara 4d ni mereka boleh ingat.Mana tak nya..huruf tu kanak-kanak boleh ingat dan pegang.Kalau anda perasan memang ada dalam video di atas tu.

puzzle-card-1

Alphabet puzzle card RM40.Klik di sini >>ALPHABET PUZZLE CARD

 

Saya tak menyesal,walaupun jauh kena hantar anak ke kelas membaca.Saya di Subang Bestari,kelas membaca di Saujana Utama,jauh perjalanan tu.Seorang diri tau.Suami jarang dapat teman atas faktor kerja.Tapi saya dapat ilmu yang banyak dengan pemerhatian saya.Silakan kongsi bersama rakan kalau anda rasa bermanafaat.

(Visited 3,398 times, 1 visits today)

5 thoughts on “6 Alat bantu mengajar anak membaca

  1. Untuk anak saya, saya belikan buku bacalah anakku. Pada peringkat awal, puzzle alphabet itu juga banyak membantu. Apabila anak sudah mula pandai membaca, saya akan belikan buku cerita. Saya bawa dia sendiri ke kedai buku, satu pilihan dia, dan satu pilihan saya. Kita akan dapat lihat apa kecenderungan minatnya apabila semakin banyak buku yang dibeli melalui pilihannya.
    Azwan recently posted…Sijil Simpanan Premium BSN (SSP BSN) RM 1 juta setiap bulan.My Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge