Kelas Bisnes

3 hari di Mom&Baby Expo

Hujung minggu lepas saya berkampung di Mom&Baby Expo,Plaza Masalam.Ini memang antara kenangan bisnes terbaik.Alhamdulillah.

baby-expo-october-2015-8
Ruang legar Plaza Masalam semasa Mom&Baby Expo.Booth kami yang ada belon tu

Expo berkapasiti sederhana.Tapi sangat meriah.Kami adalah gabungan kedai-kedai Ibu&Bayi Muslim di Selangor.Saya sangat berterima kasih kepada organizer sebab menganjurkan program sebegini untuk kami sama-sama berkumpul.

Hari Khamis kami dah sedia pack barang-barang jualan di kedai dan unpack semula dia ruang legar Plaza Masalam.FYI,waktu inilah peniaga-peniaga rasa nak quit je booth kalau sesekali kena buat macam ni.Letih dan banyak barang kena angkut mengangkut memanglah rasa macam azab.

baby-expo-october-2015-9
Serbanika.Dari baby hingga ke ibu

Penat dan pelbagai ragam pelanggan waktu itu yang kami jumpa.Yang menarik perhatian saya juga seorang nenek dalam lingkungan 50an minta saya cadangkan softbook yang sesuai untuk cucunya dalam linkungan 6bulan.Katanya lagi;”saya geram tengok menantu saya asyiiiik bagi ipad je kat cucu saya tu…saya nak dia main.Bukan asyik tengok ipad”.Nenek memang prihatin ya.Tahniah.Jadi saya cadangkanlah softbook-softbook yang sesuai.

baby-expo-october-2015-11
Model safety harness kategori-boy

Ini encik suami tolong jaga anak 3 hari.Bapa yang tabah.Teheheh.Hari terakhir rumah saya kemas dan bersih.Sebab encik suami buat surprise kemaskan rumah.Hebat tak?Thank you.

Antara best seller kami di booth,semestinya softbook!Boleh tengok softbook kami kat sini.Best ke tak best sampai sold out.

Selain tu,well know brand dalam produk bayi iaitu

  1. Minyak Kelapa Dara Assyifa’ D Aura > Ini memang tak payah cerita.Datang booth,siap terus mereka tanya.Minyak D’aura tu ada ke?
  2. Krim Telon Herbal Tropika > Lagi tak payah cerita,sekali beli sampai 3.Sejak Che Ta jadi duta ni..lagi meletop.

Lepas tu kami juga bawakan Seluar Bersalin Mama Pride untuk beri pendedahan kepada orang ramai.Yang nak tengok secara langsung boleh kami tunjukkan.Ramai juga yang dah tahu kewaujudan seluar bersalin ni.Tapi mereka belum pernah tengok di depan mata,berapa besar bukaan,fabrik apa dan bagaimana nak guna.Melalui pengalaman ber-booth ni,ramai yang masih ragu-ragu takut nurse atau doktor reject masa nak guna.

Letih 3 hari berbaloi.Akhirnya kami sama-sama bergambar kenangan dengan orang-orang hebat pemilik butik bayi yang memang popular dan diyakini antaranya ; Mamayaya Zone,Tateh,Hana’s Choice,The Baby Store,Moms Basic,Faliyana Moms Store,E-mum shop,Lunatots,Junior Aulad ,Kedai Bayi Comel dan ramai lagi.

baby-expo-october-2015-13
Saya berkasut putih.Barisan depan

 

(Visited 188 times, 1 visits today)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge